CPJ

CPJ

Sunday, 9 February 2014

Macam Mana Nak Belajar English utk MUET??

Assalamualaikum...



hari ni aku nak kongsi pengalaman dan sedikit ilmu la tentang MUET,mula2 aku bgitau maksud MUET ni dulu. MUET ni brmaksud Malaysia University English Test. Maknanya di sini setiap org yg nak masuk universiti kena ambek MUET sebagai satu prasyarat untuk mereka melayakkan diri untuk masuk universiti.

kalau korang nak tau,MUET ni ade smpai band 6. Band yang selalu pelajar dapat biasanya band 3,tu orang cakap komang2 la. Tapi klau dpat band 4 band 5 lagi bagus. Band ni penting kugak utk sesetengah kos. Sebagai contoh utk kos Medic, Dentistry selalunya pelajar kena dapatkan at least band 4. Kalau utk kos TESL kena dapat  band 5.

Ok, next aku nak gtau MUET ni ade 4 komponen iaitu Reading,Writing, Listening dan Speaking.Alah macam kita belajar BI lerr..korang belajar BI ni dari tadika kan,haaa lebih kurang macam tula,secara kasarnya. Terus kepada tajuk utama, macam mana caranya utk korang belajar Bahasa Inggeris ni utk mnghadapi MUET.

Ada sesetengah orang tak suka utk belajar BI apatah lagi nak tengok kamus utk tambahkan vocab atau kosa kata.Ok,meyh aku bagi tips tips untuk skor dalam MUET. InsyaAllah kalau korang berusaha dan istiqamah serta doa banyak insyaAllah korang akn skor paling tak pun band 4.

1. utk listening
  - korang banyakkan tgk movie english tanpa subtitle, dgn memakai earphone,korang cuba untuk pahamkan ape yang diorang cakap,kalau boleh setiap patah perkataan tu korang cuba pahamkan
  -banyakkan dengar lagu BI,dgn cara ni korang lagi senang utk tangkap perkataan BI
  -dengan cara ni korang akan melatih telinga utk lebih peka dengan perkataan BI tu,nnti takdela blurr je

2. utk writing and reading
  -utk 2 part ni,aku cadangkan korang tulis diari harian dalam bahasa Inggeris
  -tujuannya adalah utk biasakan diri korang untuk buat ayat dalam BI.
  -takpe,buat ayat2 simple je dulu,tapi buat secara konsisten,diari tu meliputi ape korang buat hari tu, makan ape,perasaan korang
   -kalau nak up lagi,baca paper dalam BI,dengan cara ni korang boleh ambek basic idea tentang isu isu semasa,cara untuk olah ayat dalam karangan.

3. utk speaking
 - bab2 ni korang praktis lagu english yang korang dgr tu,
 - nak efektif lagi, korang cuba bayangkan situasi dan cuba keluarkan idea ape yang korang nak cakap,keluarkan vocabulary ape yang korang nak guna

secara efektifnya kalau nak mahir kena banyak praktis,rajin buat ulangkaji.Jangan malas berusaha dan jangan cepat putus asa!!!




"tak senang nk jadi dan tak susah nak jadi susah"
mulakan dari sekarang,sikit sikit lama lama jadi bukit,dan jangan malu utk bertanya kerana "malu bertanya sesat jalan"

Kelabu

Asslamualaikum..
korang tau tak ape itu kelabu?..klau ckap psal kelabu,ape yg mula mula..*zaapp, trlintas di fikiran korang??..






a. warna kelabu
b. kucing yg dipanggil kelabu
c. antara hitam dan putih atau campuran hitam dan putih
d. hidup yg kelabu


sebelum,jari jari aku laju menari di atas papan kekunci ni..meh, aku bagi analogi siket, ape signifikasinya pilihan jawapan dengan cara pemikiran korang terhadap perkataan "KELABU" ni..
bagi pilihan jawapan yg pertama;

a. warna kelabu
-yg ni orang ckp "direct thinking" iaitu pemikiran secara lurus dan terus,boleh dikatakn pemikiran org yg macam ni terus je,go staright n don't belok2,naif bahasa comelnya

b. kucing yg dipanggil kelabu
-haa,bagi yg terlintas dgn pemikiran macam ni,besar kemungkinan korang ni peminat kucing secara tegar. Korang ni jenis imaginasi yg berkaitan dengan kegemaran korang. Sebagai contoh:
      :korang ni suka shawl.mngkin korang bygkan shawl wrna kelabu
      :suka kasut,kemungkinan besar korang bayangkan kasut yg berwarna kelabu
       dan sebagainya..

c.antara hitam dan putih atau campuran hitam dan putih
- bagi pemikiran mcm ni plak,korang jenis yg berseni.apa itu maksud seni??..seni ni bagi aku maksudnya sesuatu yg berkembang bebas mengikut org yg melakukan seni tu..setiap perkara ade seni die yg tersendiri.Tiada tetapan yg memang tepat terhadap seni sebab seni itu sendiri sesuatu yang abstrak dan subjektif .


d. hidup yang kelabu
- bagi pemikiran yang macam ni pulak,org ckp "deep thinking". tak semua orang mampu berfikiran macam ni.kenapa??sebab biasanya orang yang berpikiran macam ni die berpikir maksud yg tersirat disebalik yang tersurat.Atau istilah yg boleh dikatakan sebagai "double meaning"..org ni akan lebih sensitif dan bila mendalami sesuatu perkara,pemahaman akan dimaksimumkan.Selalunya org yg macam ni pemikiran die komplikated dan cara pemikiran tu tak dapat diagak.

ok,ape sebenarnya yang aku cuba sampaikan di sebalik kelabu ni??..
dunia ni secara kasarnya ,kita melihat ade dua pilihan ataupun ade dua perkara asas yang kontra diantara satu sama lain bagi .Bahasa mudahnya,setiap benda yang ada akan ada pasangannya..ok, aku bagi contoh:

1. hitam vs putih
2. lelaki vs perempuan
3. kiri vs kanan
4. depan vs belakang

tapi bagaimana dengan kelabu??..mana lawan die??..
skang ni bukan aku nak perjuangkan nasib kelabu sebab tade pasangan tapi aku nak bawa pemikiran korang ke pemikiran lebih dalam tentang kelabu..
kadang2,kita sebagai pemerhati terhadap peristiwa dan tragedi yang berlaku di sekeliling kita
ade situasi yang mana kita tengok hidup seseorang tu senang,kerana die hanya mempunyai 2 pilihan ataupun bagi sesetengah org yang hanya mempunyai 1 pilihan..tapi pernah tak kita fikir tentang orang yang kelabu dengan pilihan yang dia ada.

kelabu dalam mengatur langkah sama ada mahu belok ke kiri,meyimpang ke kanan mahupun terus ke hadapan
kelabu dalam memilih kawan yang menghulurkan tangan dengan keikhlasan atau sekadar gurauan
kelabu dalam menentukan pilhan yang mana didahulukan dan yang mana dikemudiankan
kelabu mahu menongkah arus demi impian ataupun meyusur arus demi satu harapan
kelabu dalam menilai disebalik kilauan permata dan pantulan kaca yang bertaburan

terlalu banyak kelabu dalam kehidupan,jadi apa yang harus lakukan bagi memilih jalan cerita untuk hidup yang aku lakarkan demi kelangsungan,kegemilangan kehidupan di masa hadapan.ternyata kita memang kelabu dalam aspek kehidupan??..

Pilihlah jalan yang benar demi mngurangkan kelabu dalam kehidupan,memang kelabu tak akan lari dari kehidupan. Jadi sinarilah jalan yang kelabu itu dengan cahaya istikharah dan pedoman al quran dan as sunnah agar kita sentiasa terjaga dalam cahaya dan hidayah-Nya.