CPJ

CPJ

Thursday, 20 February 2014

Part Time Di Rumah

Stop berangan nak jadi kaya . stop pandang kemewahan orang lain . stop hidup bajet bajet . Berhenti lahhh . anda semua boleh nak hidup senang . bukan susah mana pun . sendiri cuba lahh .  
Niat aku hanya INGIN MENCUBA dan pakai istilah NASIB SAHAJA dalam perniagaan . dengan bermodal RM55 sahaja . aku peroleh untung di tambah sedikit usaha . alhamdulilah . EVERYDAY i can get RM200 per A DAY . I CHALLANGE YOU ! trust me . YOU CAN BE LIKE ME •_•

Wechat: cfafiqah 
Untuk pertanyaan lanjut..terima kasih..

Saturday, 15 February 2014

Lari

assalamualaikum..




Lari..
Itu sajela yang mampu aku lakukan..
Tatkala sakit,luka, yang mampu aku lakukan hanyalah lari..
Lari sejauh mungkin dari realiti yang menyakitkan,kenyataan yang memeritkan
Lari sampai tiada penghujungnya umpama hidup hanyalah untuk berlari..
Sampai aku tak mampu lagi untu berlari,
Aku hanya mampu menangis,
Bagai anak kecil yang hanya mampu merengek dan menangis di satu sudut kecil
Sudut yang tiada seorang pun yang peduli
Umpama bayang sendiri pun tidak mengerti
Menangis sampai aku letih
Letih untuk menghiraukan lagi akan dunia
Dunia yang seakan kosong di mata aku..
Tinggalku sendiri
Menangis di dalam sepi,jerih tanpa bunyi
Seakan suara itu tenggelam ditelan bumi tua yang seakan mengerti betapa sunyi di dalam hati
Sampai bila aku ingin berlari??..
Adakah sampai hari esok,esok berganti esok?
Sampai esok??
Adakah dengan berlari ini,realiti yang aku tinggalkan makin menjauh atau umpama roda yang akhirnya aku akan memutarkan realiti kembali??..
Tapi,hanya berlari yang aku mampu lakukan pada waktu ini..


-perajurit jiwa-

Sunday, 9 February 2014

Macam Mana Nak Belajar English utk MUET??

Assalamualaikum...



hari ni aku nak kongsi pengalaman dan sedikit ilmu la tentang MUET,mula2 aku bgitau maksud MUET ni dulu. MUET ni brmaksud Malaysia University English Test. Maknanya di sini setiap org yg nak masuk universiti kena ambek MUET sebagai satu prasyarat untuk mereka melayakkan diri untuk masuk universiti.

kalau korang nak tau,MUET ni ade smpai band 6. Band yang selalu pelajar dapat biasanya band 3,tu orang cakap komang2 la. Tapi klau dpat band 4 band 5 lagi bagus. Band ni penting kugak utk sesetengah kos. Sebagai contoh utk kos Medic, Dentistry selalunya pelajar kena dapatkan at least band 4. Kalau utk kos TESL kena dapat  band 5.

Ok, next aku nak gtau MUET ni ade 4 komponen iaitu Reading,Writing, Listening dan Speaking.Alah macam kita belajar BI lerr..korang belajar BI ni dari tadika kan,haaa lebih kurang macam tula,secara kasarnya. Terus kepada tajuk utama, macam mana caranya utk korang belajar Bahasa Inggeris ni utk mnghadapi MUET.

Ada sesetengah orang tak suka utk belajar BI apatah lagi nak tengok kamus utk tambahkan vocab atau kosa kata.Ok,meyh aku bagi tips tips untuk skor dalam MUET. InsyaAllah kalau korang berusaha dan istiqamah serta doa banyak insyaAllah korang akn skor paling tak pun band 4.

1. utk listening
  - korang banyakkan tgk movie english tanpa subtitle, dgn memakai earphone,korang cuba untuk pahamkan ape yang diorang cakap,kalau boleh setiap patah perkataan tu korang cuba pahamkan
  -banyakkan dengar lagu BI,dgn cara ni korang lagi senang utk tangkap perkataan BI
  -dengan cara ni korang akan melatih telinga utk lebih peka dengan perkataan BI tu,nnti takdela blurr je

2. utk writing and reading
  -utk 2 part ni,aku cadangkan korang tulis diari harian dalam bahasa Inggeris
  -tujuannya adalah utk biasakan diri korang untuk buat ayat dalam BI.
  -takpe,buat ayat2 simple je dulu,tapi buat secara konsisten,diari tu meliputi ape korang buat hari tu, makan ape,perasaan korang
   -kalau nak up lagi,baca paper dalam BI,dengan cara ni korang boleh ambek basic idea tentang isu isu semasa,cara untuk olah ayat dalam karangan.

3. utk speaking
 - bab2 ni korang praktis lagu english yang korang dgr tu,
 - nak efektif lagi, korang cuba bayangkan situasi dan cuba keluarkan idea ape yang korang nak cakap,keluarkan vocabulary ape yang korang nak guna

secara efektifnya kalau nak mahir kena banyak praktis,rajin buat ulangkaji.Jangan malas berusaha dan jangan cepat putus asa!!!




"tak senang nk jadi dan tak susah nak jadi susah"
mulakan dari sekarang,sikit sikit lama lama jadi bukit,dan jangan malu utk bertanya kerana "malu bertanya sesat jalan"

Kelabu

Asslamualaikum..
korang tau tak ape itu kelabu?..klau ckap psal kelabu,ape yg mula mula..*zaapp, trlintas di fikiran korang??..






a. warna kelabu
b. kucing yg dipanggil kelabu
c. antara hitam dan putih atau campuran hitam dan putih
d. hidup yg kelabu


sebelum,jari jari aku laju menari di atas papan kekunci ni..meh, aku bagi analogi siket, ape signifikasinya pilihan jawapan dengan cara pemikiran korang terhadap perkataan "KELABU" ni..
bagi pilihan jawapan yg pertama;

a. warna kelabu
-yg ni orang ckp "direct thinking" iaitu pemikiran secara lurus dan terus,boleh dikatakn pemikiran org yg macam ni terus je,go staright n don't belok2,naif bahasa comelnya

b. kucing yg dipanggil kelabu
-haa,bagi yg terlintas dgn pemikiran macam ni,besar kemungkinan korang ni peminat kucing secara tegar. Korang ni jenis imaginasi yg berkaitan dengan kegemaran korang. Sebagai contoh:
      :korang ni suka shawl.mngkin korang bygkan shawl wrna kelabu
      :suka kasut,kemungkinan besar korang bayangkan kasut yg berwarna kelabu
       dan sebagainya..

c.antara hitam dan putih atau campuran hitam dan putih
- bagi pemikiran mcm ni plak,korang jenis yg berseni.apa itu maksud seni??..seni ni bagi aku maksudnya sesuatu yg berkembang bebas mengikut org yg melakukan seni tu..setiap perkara ade seni die yg tersendiri.Tiada tetapan yg memang tepat terhadap seni sebab seni itu sendiri sesuatu yang abstrak dan subjektif .


d. hidup yang kelabu
- bagi pemikiran yang macam ni pulak,org ckp "deep thinking". tak semua orang mampu berfikiran macam ni.kenapa??sebab biasanya orang yang berpikiran macam ni die berpikir maksud yg tersirat disebalik yang tersurat.Atau istilah yg boleh dikatakan sebagai "double meaning"..org ni akan lebih sensitif dan bila mendalami sesuatu perkara,pemahaman akan dimaksimumkan.Selalunya org yg macam ni pemikiran die komplikated dan cara pemikiran tu tak dapat diagak.

ok,ape sebenarnya yang aku cuba sampaikan di sebalik kelabu ni??..
dunia ni secara kasarnya ,kita melihat ade dua pilihan ataupun ade dua perkara asas yang kontra diantara satu sama lain bagi .Bahasa mudahnya,setiap benda yang ada akan ada pasangannya..ok, aku bagi contoh:

1. hitam vs putih
2. lelaki vs perempuan
3. kiri vs kanan
4. depan vs belakang

tapi bagaimana dengan kelabu??..mana lawan die??..
skang ni bukan aku nak perjuangkan nasib kelabu sebab tade pasangan tapi aku nak bawa pemikiran korang ke pemikiran lebih dalam tentang kelabu..
kadang2,kita sebagai pemerhati terhadap peristiwa dan tragedi yang berlaku di sekeliling kita
ade situasi yang mana kita tengok hidup seseorang tu senang,kerana die hanya mempunyai 2 pilihan ataupun bagi sesetengah org yang hanya mempunyai 1 pilihan..tapi pernah tak kita fikir tentang orang yang kelabu dengan pilihan yang dia ada.

kelabu dalam mengatur langkah sama ada mahu belok ke kiri,meyimpang ke kanan mahupun terus ke hadapan
kelabu dalam memilih kawan yang menghulurkan tangan dengan keikhlasan atau sekadar gurauan
kelabu dalam menentukan pilhan yang mana didahulukan dan yang mana dikemudiankan
kelabu mahu menongkah arus demi impian ataupun meyusur arus demi satu harapan
kelabu dalam menilai disebalik kilauan permata dan pantulan kaca yang bertaburan

terlalu banyak kelabu dalam kehidupan,jadi apa yang harus lakukan bagi memilih jalan cerita untuk hidup yang aku lakarkan demi kelangsungan,kegemilangan kehidupan di masa hadapan.ternyata kita memang kelabu dalam aspek kehidupan??..

Pilihlah jalan yang benar demi mngurangkan kelabu dalam kehidupan,memang kelabu tak akan lari dari kehidupan. Jadi sinarilah jalan yang kelabu itu dengan cahaya istikharah dan pedoman al quran dan as sunnah agar kita sentiasa terjaga dalam cahaya dan hidayah-Nya.


Tuesday, 4 February 2014

Selfie Sebagai Gaya Hidup Part 1

assalamualaikum..
haaa..salam selasa semua,hari ni aku nk ckp psal "Selfie"!!
hampa semua tau dok selfie tu ape bende??..noob giler la soalan kau wey?? takkan hampa tak tau ape tu selfie..
haha..ok2..kita mula dari basic atau ckp bahasa lingua franca..(sejarah form2 sket)
dari segi definisinya selfie ni adalah kita "pukul" gambar sendiri tnpa guna bantuan org lain..
atau secara basicnya gaya asas utk selfie trjadi adlah dengan ltak fon kat dpan muka pastu ape lagi tkan la snap!!..
lau hampa tk tekan snap mmg tade la selfie,tu namenye tgk kawah kt muka..haha

Lagi satu definisi mendalam tntang selfie ni adalh,gmbar yg diambil tu adlah brtujuan utk dimuat naik ke laman sosial,tak kira la pesbuk,twitter,setegreng..
dah2 selfie,takkan nk buat pekasam kt lam fon kan,tak havoc la..
haha..nak2 plak klau selfie tu tak sngaja trsnap dgn lighting yg cntik,lagi la laju je tkan share..
tak ckup kat pesbuk,abeh smua buat link,skali update selfie smua akaun sosial update trus..kemain kau haa..
kalah retiss dah..haha
alaa..skang apa susah, camera360 kan ado..bukan mcm zaman dolu dolu,klau nk edit kna master photoshop dulu..
muka hitam manis,pun bleh jdi pan asian dgn sekelip mata..haha.."kelas ko jah"..haha

haa,ckp psal prkataan selfie ni,klau korang nk tau,perkataan tu sndiri dah dinobatkan sbgai perkataan trbaik bagi tahun 2013..waaaaa..(bunyi pukul drum laju2)

cntoh contoh selfie :





ni org ckp common selfie laa..noob2 style sket..haha..ti next part aku share kan selfie2 yg rare..haa..

Jenis2 selfie:
haa,,hampa ingat selfie ni ade sejenis jeke?,selfie ni berjenis jenis,antara jenis2 selfie yg slalu kite tgk,
1. selfie gne satu tngan
2. selfie gne 2 tangan,gaya ala2 mcm dukung baby
3. selfie gne kaki (selfoot) ni latest selfie style..

mcm mana nk tau gmbar tu selfie ke idok??..snng jer nk tau,besenye gmbar selfie ni nmpk tangan org tu..tapi kalau "selfoot" mngkin nmpk kaki...
tu namenye mntak kaki..haha

ok,stakat tu dulu aku share psal selfie ni..ti aku smbung lagi..haha

p/s: raja selfie kat dunia ni adalah james franco,alaa..yg brlakon sbagai Harry Osborne lam sequel spiderman tu..

Friday, 31 January 2014

"No Money No Talk"

Assalamualaikum semua...




Berdasarkan perkara di atas, saya Sameon Bin Dollah.. *ececece,meroyan nk buat karangan rasmi plak..haha
camnila,direct aku tnye korang,korang pernah dgr tak term yg aku mention kt atas tu??..
term ni makin popular bak hg..hg tak caya??..haa,meyh2,rapat rapatkan saf meyh aku usrah sket kat hampa semua..
skang ni semua org tau tak ksah la ibu2,bapak2, bahkan tikus ratatouile pun tau skang ni brg naik,smua nk duit..hampa tak caya ka??..
meyh aku bgi contoh sket..

situasi 1:
meon: ali,stop2..aku tak tahan da ni,nak terkucil dah ni..SOB!! SOB!!
ali: laa..takkan ko nk brhnti tgh2 highway ni woii,tahan la dkt R&R kt dpan tu..
meon: takleh2,"harga tandas" mahal skang ni..
ali: harga tandas??..sjk bile R&R jual tandas..
meon: mangkuk [tett $#%@*%] seringgit dah skang ni..save budget,aku nk kawen gn milah..

haa..nmpak tak tu,abes tu,aku nk bawak tandas portable aku sndiri la..boleh la aku usung mana2,haha
tpi kan yg tak puas hati ni..ni nk jadi "karam sihgn walia" ni..
caj masuk tndas da mahal, tapi ya ampun toilet mcam apeda,tu tak trmasuk pakej siap gn bau,warna..yekk..
hak membuang hajat adalah hak asasi insan masing2,,tu pun kna bayar...waawawawa..

ok, next,,situasi ke 2:

milah: tauke,ini hari sayur tak cantik lah,layu je..
tauke: aiyaa,milah,itu barang smua sdah naik,sayur pun sdah naik,tpi ade satu sayur banyak turun harag juga..
milah: sayur ape tauke??..klau segar2 boleh la sy ambek..
tauke: ini,sayur KANGKUNG..banyak murah,banyak sedap, rangup2,rasa kreuk kreuk asli..
milah: erk...


hahaha..ok,tu troll kangkung jer..tade niat ape2 pun,skadar hiburan semata2..

skang ni,snang citer..tade duit,hg toksah ckp bnyak la..ade duit baru jalan..bukan nk materialistik tpi tu dunia sekarang kot..ni slah satu kesan sampingan dalam menju taraf "Negara Maju"..
jadi sebagai rakyat yg berjiwa perajurit,truskan berjuang utk memajukan hidup kita..
bukan salah barang naik,bukan salah negara nak maju,kita tu, berhenti merungut dan cari cara nak tebalkan poket sendiri..
"kalau poket da tebal,peduli kau barang nak naik,tade efek pun"..
tu baru perajurit style,"SURVIVOR"
heeee.......

*SOB: Short of breath

Monday, 27 January 2014

Kenapa Coretan Perajurit Jiwa??

Assalamualaikum semua..
Mood petang2 ni rasa mcm nk bercerita sket..haa,korang pernah terpkir tak nape coretan perajurit jiwa??..tade name lain ke??..aku ni askar ke ape??..
Bagi aku la..kalau org tnye,ko askar ke??..
Korang tau aku akan jawab ape??..haa..aku akan jawab,yess,aku askar utk diri sendiri..
Aku ni perajurit utk jiwa aku sendiri,mnjadi pejuang utk hak aku sendiri,pejuang utk kebebasan diri sendiri,pejuang untuk mmperjuangkan mada depan aku sendiri tanpa bergantung dgn org lain...
Semangat juang tu mmg ade dalam diri kite ni,tak kire la dari kecik cinnonet sehingga besar gajah *maap cik elliy mention name hg plak..
Amboii..smngat nau ko ckap,ko ingat ni tgh bagi ucapan kt pentas ke ape??..haha
Takdela..aku mmg ckp betul la ni,pndapat yg mmg ikhlas dari jiwa aku yg kecil ni..
Kalau kite yg tak perjuangkan nasib kita sendiri,sape lagi yg nk perjuangkan..takkan ko nk hrapkan *mak jemah kot..
Sekali dengar,patriotik giler aku ni,haha..takdela patriotik mana pun..tapi semangat kena ada..tak gitu!!..

Perajurit jiwa yang merdeka minda dan jiwanya takkan mudah mengalah,terus berjuang sehingga ketitisan darah yg terakhir.. 



Coretan Buku Baru

Assalamualaikum pmbuka bicara,
kepada para pembaca yg setia..(pantun 2 kerat)

setelah sekian lamanya,dah nk masuk setahun genap,aku lari meninggalkan dunia blogger,sibuk dgn tugasan sebagai anak seni, show sana sini..*ceihh,ko takyah nk melalut daa..sreett sreett,rewind2!!..
bila musim cuti,bosan yg teramat la sngat,mood nak menulis,nak megeluarkan idea akan dtg mencurah2 ke ladang gandum,maka jadilah koko krunch!!..haha

kali ni, aku nk berubah bagi entry2 yg lebih berwawasan dan berilmiah,takde dah yg nak merapu melebih lebih tu..kali ni "saya janji,dgn tapak tngan saya ni,saya janji yg saya akan sygkan awak!!..eh2..kau gatai noh..amboihh,cheq tau la hg da masuk umur bleh kawen dah,tapi hg toksah la duk gatai miang keladi sngat..haha..ok2,ni betul2 ni..bukan main,tade tipu2..no no no(A Pink)..
yg kali ni aku akan lebih menapis entry2 yg aku nk terbitkan,*dah mcm penulis lah pulok
kalau contohnye aku melalut lalut tu tegur2 lah..
kite ni hidup bejiran,klau ana buat salah enta tegur2 lah sama ana..

*Mood serius..
berikut dinyatakan pembaharuan pembaharuan yg akan aku istiqamahkan dan jalakan utk blog ni,tiap2 tahun rebranding la ni..

-post2 yg dihasilkan adalah kena ada motif dan berilmu
-berupa perkongsian ilmiah tanpa mengira topik,yg pasti topik aku yg pilih bkn korang,sbb ape??..sbb ni blog aku,hampa duk sibok pasai apa??..haha,*dok eih,cheq gurau2 je noh,,bak kata bob "MESRA"..haha
-perlulah sahih dan merupakan pendapat dari diri aku sendiri

dah lah tu kot,yg tu je aku baru trpikir..nnti ada tambahan aku tambah lagi..lagi satu,insyaAllah akan ku update blog ni setiap mnggu,utk waktu cuti ni,insyaAllah tiap hari,,*nmpak tak time rajin la tu..hee

Sekian,wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. :)