ok,walaupun da pagi pagi buta,mata aku still lagi xley nak tutup,hmm..tgh aku dok cari idea ape lagi aku nak tulis,,aku pun terlintas la kat kepala aku ni,umpama kereta F1 lintas,ting!!..aku pun teringat la satu lagi cerite yang bakal ditayangkan minggu depan ganti citer hot tu"nora elena"..ok,aku x nak cakap banyak...
tapi macam yang aku katakan tadi la kan,memang trend skang ni orang buat drama atau filem based ataupun adaptasi dari novel,x kesahla kan adaptasi longgar ke,ketat ke memang sumer nar ambek dari novel la..aku x salahkan produser filem tu gak,da memang orang suker citer yang camtu kan..nak nak kalau novel tu memang best tahap super power..memang sah sah citer tu jadi fenomena,abes group korang create,kalau kat twitter name sumer da tukar jadi watak dalam novel tu,siap tukar profile picture lagi,yang paling minat tahap dewa tu siap buat open discussion lagi..ish3..pastu pulak bagi blogger plak,memang tajuk tu la dieorang akan letak..macam aku tengah buat skang ni..hahaaku gurau jer..tap memang kenyattaan pun..aku xleh nak menegakkan benang yang basahkankecuali aku pegang benang tu bagi tegak..haaha..ok,da merapu pasal ni..aku da melencong jauh dari misi dan visi jangka pendek aku ni..
yang sebenarnye tadi aku nak cakap pasal citer dewa cintaku,tapi da melalut da..aishh..ape ni..ok2..
sebagaimana korang sumer tahu hasil korang tengok dari promo kat tv tu,Satu lagi drama baru Dewa Cintaku akan datang di slot Akasia tv3 untuk ganti Nora Elena pada 20hb Jun ni. Para pelakon dalam drama ni ialah Fasha Sandha dan Iqram Dinzly, semua tau kan cerita pasal Fasha hot dengan Iqram ni. Tak mau cerita pasal tu, nak cerita pasal drama Dewa Cintaku ni. Novel ni kompem adaptasi dari novel muzikal pertama (kan aku da cakap tadi)yg ditulis oleh Dilla Hussein pada tahun 2005, masa tu Rosyam dan Nasha jd pelakon. Versi tahun 2011 ni Fasha dengan Iqram lak. Nuriz penah baca novel ni tapi ingat2 lupa dah. Lama dah kan.. Dalam novel ada watak June seorang penyanyi rock kelab malam, Iqbal orang kaya yang jatuh cinta dengan June ni. Tak sabar nak tengok Fasha jadi penyanyi, tengok gambar dia memang ada gaya. Suara sape la agaknya kan yang diguna utk Fasha ni, tak kan suara Fasha lak ..huhu!!
Nape Fasha tak digandingkan dengan Ady Putra ye dalam cerita ni huhu!! sebab, watak hero mesti muda dari watak heroin.
Sape yang lupa cerita novel Dewa Cintaku ni, meh kita ingat balik sinopsis Dewa Cintaku :
Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pulak pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.
Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.
Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati kat iqbal..ahaks!! Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi depa dua ni nak kawin, Iqbal pun dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya..huhu!! bercinta bagai nak rak..last last dapat tau kakak kandung le pulak..apa jadi ye ending cerita ni. Nuriz dah tau kesudahan cerita Dewa Cintaku ni (dalam novel le), dlm drama tak tau cemana lagi, sama ke tak dgn novel. Sapa yang tak tau ..cuba teka, sad ending ke happy ending..hehe!! saspen…
Fasha jadi penyanyi, nampak macam Black pun ada dalam ni..watak apa ye, artis jemputan ke?
ok,gambar ni aku amek dari sumber yang memang boleh dipercayai..hahatapi la kan aku tak tahu la citer ni best ke tak..memandangkan hero gn heroin dye aku kureng minat,so,tengok mood dlu arhh..aish..ko ni x baek la..xpe,,klau rmai yang rekemenkan cakap citer ni best..baru la aku tengok..hehe





