CPJ

CPJ

Thursday, 16 June 2011

Tutorial: Main Angry Birds melalui Google Chrome

angry birds google chrome


salam semua,
semalam aku share yang real punye angry bird tpi hri ni aku nak share gamenye plak..Sekarang anda semua sudah boleh bermain Angry Birds melalui Google Chrome..bukannye nak tunggu HTC ke iPhone jatuh ke riba baru ley main..haha Macam mana? Excited x? Anda boleh mendownload-nya di [sini] dan click install.
jom main same same...hehe

ketagih facebook..ade ubatnya!!..


Aku pertama kali mendaftar facebook pada akhir tahun 2008, dan seingat aku masa tu, friendster je yang menjadi sebutan.. Tapi,, pada tahun 2009/2010, ramai yang sudah mula kenal dan menggilai facebook.. Hari hari mesti nak update status kat facebook.. Bagi yang bekerja tu,, asal bukak komputer/laptop terus login facebook.. Bagi yang ketagihan facebook memang teruklah dapat penyakit ni.. Tiap jam kita tengok nama dia akan naik dengan post.. ; Begini..
Status pagi--"Good morning".. "Breakfast jom".. "Malasnya nak kerja hari ni"..
Status tengahari--"Laparlah" .."Lunch @McD".. "Makan telur masin dan sayur kangkung je"..
Status petang--"Minum teh'o dan goreng pisang" .."Tak sabar nak balik"."Cepatlah jam 5"..
Status malam--"Layan Asmara2" .. "Mengantok dah, selamat malam semua"..

Inilah ubat bagi orang yang sudah ketagih sama facebook.. "FACEBOOKANOL".. Korang percaya tak??? 
p/s:sape nak order ley tempah gn aku..hehehe..

Gambar-gambar gerhana bulan 16 Jun 2011

salam semua..
sebelum aku tulis banyak lagi pasal gerhana bulan.aku nak bagitau korang yang sebenarnya aku sedih tak dapat tengok bulan ni..huhu..almaklumla semalam tido awal,nak nak pulak aku ni jenis tido dalam iman memang x dengar la fon aku bunyi kawan aku mesej..tapi kalau dengar azan subuh konpem aku bangun..hehe..xpela,lain kali la aku tengok...insyaAllah,panjang umur murah rezeki..
ok,buat pengetahuan korang semua..tahun 2011 bakal menyaksikan 6 peristiwa gerhana akan berlaku. 4 darinya ialah gerhana matahari separa dan 2 darinya ialah gerhana bulan penuh.
Untuk kita di Malaysia, hanya gerhana bulan sahaja yang dapat diikuti di sini iaitu pada 16 Jun pada jam 4.13 pagi dan 10 Disember pada jam 10.33 malam. Gerhana matahari tidak kelihatan kerana kawasan liputan gerhana matahari adalah sangat kecil berbanding gerhana bulan.(ok,ni info yang aku bace tadi)
Gambar-gambar gerhana bulan yang berlaku semalam..nasib baikla ade internet..dapat la jugak aku tengok..

Gambar diambil pada pukul 2:10 pagi.

http://zikrihusaini.com/

Gambar Gerhana Bulan Penuh 2011

gerhana-bulan-penuh-2011-1gerhana-bulan-penuh-2011-2gerhana-bulan-penuh-2011-3gerhana-bulan-penuh-2011-4gerhana-bulan-penuh-2011-5gerhana-bulan-penuh-2011-6gerhana-bulan-penuh-2011-7gerhana-bulan-penuh-2011-8gerhana-bulan-penuh-2011-9gerhana-bulan-penuh-2011-10gerhana-bulan-penuh-2011-11gerhana-bulan-penuh-2011-12gerhana-bulan-penuh-2011-13
Kredit too :http://kamalmustafa.com/


Jenama Laptop Paling Dipercayai 2011

salam semua
hari ni aku nak share sket pendapat aku pasal laptop ni..maklumlah,kalau da futher study tu memang guna la"mende alah ni"..aku tau membeli laptop bukan sesuatu yang mudah.ingat lagi,time aku nak beli dulu,woo..brape bijik kedai aku keluaq masuk..aish..penat penat.. Walaupun pengeluar laptop sanggup menghabiskan berbillion ringgit untuk tujuan promosi, namun berapakah daripada pengeluar-pengeluar ini yang sanggup menjamin kualiti dan fungsi laptop tersebut untuk jangka masa tertentu. Sekiranya berlaku kerosakan, sejauh manakah kecekapan mereka mengatasi masalah ini. Perkara seperti ini diambil kira dalam survey yang dijalankan oleh PCWorld bagi menentukan jenama laptop yang paling dipercayai bagi 2011.
Empat jenama laptop yang paling dipercayai bagi tahun 2011 adalah:
1. Apple
Apple sekali lagi menjadi pemenang dalam kategori jenama laptop dipercayai pada tahun 2011. Dalam setiap kategori yang dipertandingkan, Apple berjaya mencatat ranking tertinggi daripada pengguna (berdasarkan survey). Markah yang terendah adalah dalam kategori ‘kecekapan syarikat menggantikan komponen yang rosak’.
2. Asus (“Rock Solid. Heart touching.”)
Asus dikenali sebagai laptop kos murah di bahagian Amerika Utara. Sejak dua tahun lalu, jenama Asus mula menjadi pilihan pengguna laptop. Sesetengah pengkritik melabel laptop Asus sebagai berkos murah tetapi susah untuk digunakan. Namun, rata-rata pengguna mempercayai jenama Asus.
komen cf: laptop Asus ni lambat panas berbanding jenama laptop lain.<asus lover>
3. Toshiba
Selain Apple dan Asus, Toshiba juga memdapat markah yang tinggi dalam kepercayaan pengguna.
4. MSI
MSI yang terkecuali dalam survey tahun lepas turut menunjukkan kepercayaan pengguna yang tinggi. Hanya terdapat sedikit laporan mengenai kerosakan komponen teras laptop tersebut
ok,,harapnye,post ni dapat membantu korang semua dalam membuat keputusan untuk beli "buku ajaib" ni..hihihhi

this is my story....


salam semua..hari ni dengan berbesar hatinye,aku nak share gn korang tentang satu laman web ni..memang bako jiwa habes..hehehe..sebelum tu korang tengok lu video ni..huhu

www.this-is-my-story.com/v/45OH09B6H8F4

laman web ni di bawah pengurusan EF..EF ni adalah satu program bahasa inggeris di indonesia di mana mereka menyediakan kursus kursus khas pembelajaran di dalam bahasa inggeris bag semua peringkat umur..

aku xnak citer banyak banyak..korang kena try sendiri,yang pasti pembikinan video ni sangat menakjbkan.memang ley dikatakan superb...

mesti rase bangga kalau masa depan ni jadi kenyataan..insyaAllah,amin...

klik sini untuk buat video anda sendiri

5 Movie Mesti Tengok 2011

Salam semua. Sempena tahun 2011 kian tiba dah nak abes tahun da, aku dengan rasminya(ceh) nak kongsikan 5 bijik movie yang mesti tengok pada tahun 2011. Movie-movie ni boleh dikatakan bakal meletupkan pawagam-pawagam di Malaysia.yeke??..



5. Get Smart 2
Get smart 2
Selepas kejayaan filem Get Smart yang pertama, Warner Bros akan melancarkan satu lagi sambungan kepada filem terdahulu iaitu Get Smart 2.
4. Spider-Man 4
Ura-ura mengatakan sambungan baru movie Spider-Man iaitu Spider-Man 4 akan berada di pawagam pada akhir bulan Mei 2011.(x keluar pun lagi..korang tunggu jele)
3. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II
harry potter 3
Seperti yang kita semua tahu, filem Harry Potter yang terakhir ini dibahagikan kepada dua bahagian. Harry Potter and the Deathly Hallows Part I baru sahaja ditayangkan tahun lepas. Sambungan kedua, Harry Potter and the Deathly Hollows Part II dijangka keluar pada 15 Julai 2011.
2. Terminator 3
terminator 3
Terminator 3 juga dijangka keluar pada tahun ini.
1. Transformers 3
transformer 3
Kisah peperangan di antara dua kaum robot iaitu Autobots dan Decepticons nampaknya belum selesai lagi. Selepas dua tayangan pecah panggung, pengarah filem Transformer merancang untuk melancarkan satu lagi sambungan pada 29 Jun 2011 nanti. Sama-sama kita nantikan kemunculan Transformer 3. Agak-agak benda apa yang akan diorang berebut nanti?
p/s:aku dapat citer ni masa aku dok bersiar-siar tadi..haha

Cara-Cara Melepasi Website Blocker Di Universiti Atau Sekolah

Cara bypass websense
Cara bypass websense universiti
Cara bypass websense sekolah
Cara melepasi website blocker
Cara melepasi website filter
Pernahkah korang mengalami masalah website kena block ketika online di kampus atau sekolah? Sekiranya ya, kemungkinan besar Internet di kampus atau sekolah korang dipantau oleh sistemwebsense atau nama lainnya website blocker. Aku percaya hampir kesemua sekolah mahupun syarikat-syarikat awam dan juga swasta mengaplikasikan sistem ini bagi memantau penggunaan Internet organisasi mereka.
Pada asasnya, penggunaan websense merupakan sesuatu yang baik kepada sesebuah organisasi pendidikan kerana mereka dapat memantau penggunaan Internet pelajar mereka. Ini bagi memastikan tumpuan pembelajaran mereka tidak terganggu. Tetapi, penggunaan websense yang terlalu ketat akan membawa kepada keburukan juga. Cuba bayangkan laman web seperti blogger.com, gmail.com dan seumpamanya turut disekat atas alasan mengelakkan pelajar mereka menjadi leka. Ini merupakan sesuatu kerugian kerana laman web seperti ini menyimpan 1001 maklumat berguna yang penting dalam proses pembelajaran di luar bilik darjah.
Atas sebab ini,aku ingin berkongsi dua cara ‘kompem jadi’ untuk melepasi sistem websense di universiti mahupun di sekolah.
5
4
3
2
1
A) Free Gate (Web Tunnel)
Free Gate merupakan salah satu dari ‘web tunnel’ yang popular setakat ini. Pada asasnya FreeGate dibina untuk melepasi sistem sekatan laman web (websense) yang diwujudkan oleh kerajaan China. Mungkin disebabkan kelajuan yang agak memberangsangkan, FreeGate telah berjaya menjadi antara web tunnel yang paling banyak digunakan bagi melepasi sistem websense. Setakat ini, FreeGate belum mengecewakan saya. Muat turun Free Gate di sini.
B) Vidalia (Tor)
Vidalia merupakan komponen yang dihasilkan di bawah projek Tor iaitu sebuah projek yang memperjuangkan konsep ‘open network’ dan ‘anonymity’ kepada setiap pengguna Internet. Ianya berkesan melindungi identiti lokasi dan rekod Internet anda. Meskipun tahap kejayaan menggunakan Vidalia adalah hampir 90%, terdapat kelemahan dari segi kelajuan Internet ketika menggunakannya. Secara asasnya, Tor terbahagi kepada empat komponen iaitu Vidalia, TorButton, Check dan juga Tor Browser. Apa yang membuatkan Hollowgram (http://beritacrawlerz.com/hollowgram/) tertarik dengan Tor adalah ianya boleh diintegrasikan dengan Mozilla Firefox. Muat turun Tor di sini.
C) Cara lain
Meskipun terdapat pelbagai cara lain untuk melepasi sistem websense seperti penggunaan web proxy dan juga ip changer. Namun, cara yang paling efektif setakat ini adalah menggunakan web tunnel dan Tor.
p/s:selamat mencoroboh wall websence..hahahaha(gelak versi paling jahat!!)

Kenapa la kita sume ni MALAS erk???










Woot..Woot...salam semua..entry kali ni aku nk bincang sket kenapa la sifat malas itu ade dlm diri kita...bkn aku nk kutuk2 la orang yang malas ni kerana aku rasa tiada la orang yang lebih malas daripada aku...hehehe...so,meh aku jawab kenapa erk...sila bace betul-betul dan pasni aku harap aku dan kome2 semua tak akan gunakan alasan malas untuk buat sesuatu keje erk...hehe(leh ke kita sume wat cmtu???)hahaha

JOm hayati sebab-sebab kita menjadi malas...

>>sebab pertama ni kerana iman kita x cukup kuat...laaa...kan kita tau pemalas ini sifat syaitan dan seterusnya sudah menjadi tugas dia untuk menyesatkan manusia dan kita hanya manusia yang lemah dan termakan pujuk rayu syaitan itu...xmo la kupas banyak2 hal ni...sendiri mesti da tau kan....hehe

>>sebab kedua kerana kita tidak rajin..hahaha...(cf da start mengarut da tu..hahaha)...tp betul la kan...kite malas sbb kite tidak rajin...sekiranya kita rajin maka kite tidak malas...btol x ayat tu...hahaha

>>sebab ketiga kerana kita tidak suka melakukan kerja tersebut...memang da jadi lumrah da kan...kite xkan dapat menyukai segala hal dalam dunia ni...so,bile da x suke,kte wat la care x suke...mcm2 alasan dibagi,tertido la,x tau nak wat cmne la,letih la....padahal kita malas nk wat sebab kite tidak suka akan hal tersebut...(aku x suke belajar tp terpakse belajar...hahahaha)

>>sebab keempat kerana da ade yang cipta perkataan MALAS itu...sape la kn yang cipta ayat tu...hahaha...cuba bayangkan kalaw dalam dunia ni tiada istilah MALAS...so,kite xkn dapat gunakan alasan MALAS itu...tol x??hehe

>>sebab kelima ialah kerana ade juga kebaikan sifat malas ni...'ape erk cf,ko jangan nk merapu plak kali ni,aku poke kepala kan'..hahaha....jap2,sebelum korang sume nk poke kepala aku,aku bagitau dahulu...ni fakta bukan auta erk...setkan dalam kepala kamu sume kamu MALAS nak wat KEJAHATAN...x ke baek tu...hahaha..lepas bace ni kamu sume tiada alasan nk poke kepale aku ni...hahaha(fuhhh!!!..selamat kepala aku)haha

>>sebab keenam ni la yang paling boleh diterima pakai,kalau tiada sifat malas tu,aku nk tulis ape kan dlm blog aku ni...hahaha...so itu juga salah satu kebaikan sifat malas tu...hahaha

konklusinya,da menjadi lumrah manusia untuk berasa malas tp ade juga kedengaran cakap2 orang bahawa tiada istilah malas dalam hati manusia cuma pemikiran dan tujuan sama itu pendirian kita yang tidak kuat untuk melakukan sesuatu perkara...k...tu aje kot kali ni,kalaw ade sebab,korang tambah sendiri r erk...haha

p/s:abaikan sebab keenam tu..hahaha dan jangan malas2 okay!!!!...

Fakta-Fakta pelik yang menarik!!!

salam semua..
kali nie aku nak kongsi fakta2 yang menarik..bukan dari mak jemah atau mail lambung..tapi dari seluruh dunia..fakta2 nie aku yang kaji sendiri..selama 3 tahun..haha..xdela..jangan marah k..jom kita hayati bacaan fakta nie..


1.Rama2 merasa dengan kaki mereka(bayangkan kalau manusia macamni..eeeuuuwww)


2.Rata2 sebanyak 100 orang mati tertelan pen mata bola setiap tahun..(biar betul!!!)


3.Kebanyakkan orang lebih takutkan labah2 dari kematian(ish2 insafla wahai insan..)


4.35% orang yang masuk laman online untuk dating telah berkahwin (ish2 tak puas2..opss..)


5.Gajah adalah satu2nya haiwan yang tak boleh melompat..(berat perut la tue..)


6.Antara 2 billion orang hanya 1 orang akan hidup lebih dari 116 tahun..(semua ketentuan tuhan kan..)


7.Mata perempuan berkelip dua kali lebih banyak dari lelaki (nak nampak lagi comey kowt..)


8.Secara fizikal adalah mustahil untuk menjilat siku anda sendiri...


9.Perpustakaan di indiana university tenggelam satu inci setiap tahun..kerana jurutera tidak ambil berat  berat  buku yang akan bertambah setiap tahun..


10.Siput boleh tidur selama 3 tahun (amboi lena betul..mimpi ape la tue ek??)


11.Mata kita berukuran sama sejak kita lahir berlainan dengan hidung dan telinga yang makin membesar..


12.kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi..(kompem klinik die orang takot nak gi kan..)


13.semua beruang kutub adalah KIDAL..


14.TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang bleh anda tulis mengunakan sebaris huruf di keyboard.


15.Buaya tidak boleh menjelirkan lidah.


16.Hampir semua orang yang membaca fakta ini cuba menjilat siku sendiri..
     anda cuba menjilat siku anda kan?? ble tak??hehe...


sekian la fakta2 menarik yang dapat aku kongsi ngan anda..nanti kalau ada lagi kita kongsi g yea..