CPJ

CPJ

Monday, 9 May 2011

nota cinta buatmu bakal suamiku

salam semua,
petang petang ni aku rase nak jiwang jiwang rr sket,,sesuai gn mood yang tengah melayan perasaan ni,,hahak,melebih lebih la plak aku ni..pape pun..aku nak suh korang bace gak citer ni especially korang korang yang tengah merindui gn dirindui tu..haha..memandai jer aku teka...jom kite pakat jiwang same2..haha



"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
"Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…", bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
"Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...", tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa'. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
"Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...", hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
"Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…", syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari'ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa'adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
"Astaghfirullahal 'azim... Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..", doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...


p/s:harapnye korang enjoy bace citer ni yer..aku pun nak buat nota cinta jugak la..hehe

6 sebab nape jadi single tu sweet!!

salam semua,
first impression korang bace tajuk post ni??..amacam??aku harap korang xcited sebab aku pun ngah excited nak tulis pasal ni..haha..korang mesti a selalu punye dengar ayat klise kat bawah ni..

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!
yeahh!!..hari ni aku nak kongsi sedikit pengalaman untuk menjadi single yang rock,cool n yang paling penting sweet gitu..hehe

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut atau tudung baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.Korang ley terbang bebas kalah burung kat atas langit tu..hehe

2. Jadi rakan yang baik
Sememangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Buat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.Lagi satu,time single ni la korang ley kumpul harta dunia ni banyak banyak untuk jaminan masa hadapan..haha,nampak sangat aku ni mata duitan.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih(walaupun tau x baik sambut), ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda."dunia ni kita punya der!!"

haha..tu la sedikit sebanyak curahan pengalaman aku sepanjang bergelar single mingle ni..tapi jangan rr pulak lepas bace post ni korang jadi "andartu"..haha..lagipun xla selame lamenye aku nak jadi single,aku nak kawen gak nanti bile da abes study,capai cita cita aku,kumpul harta lu,bile da ade jodoh,bile da sampai umur 25..haha,gatal betul!!..



p/s:harapnyer korang enjoy bace post ni..hihihi

10 baju pelik dan kreatif

salam semua,hari ni aku na share something gn korag ni,aku dapat ni dari salah seorang blogger yang menarik..hehe,aku nak share pasal beberapa baju yang pelik ni,mula mula aku tengok kan ,aku cm terpikir ade ke manusia yang nak pakai baju yang camni,kalau imaginasi korang tinggi lagi kan,cube korang bayang kalau ade yang pakai baju cenggini rupa duk tunggu bas ataupun yang teruk lagi pi kelas,x dapet diterima akal ku yang waras lagi ni..aku xnak merapu lebih banyak lagi,jom kite tengok baju baju ni..






1) Baju Anti Rogol
Kata perekanya, dengan baju nie korang dapat menggunakan jutsu penyamaran menjadi vending machine dan lari dari penjenayah. Ada jugak komen kat entry sebelum nie yg mengatakan boleh lari dari pengutip hutang, he3 boleh gak tue.



2) Gaun berlubang-lubang
Ada kesan macam dimakan oleh tikus, baju nie dicipta oleh syarikat "Viktor and Rolf". He3, pelik2 btol.


3) Baju anak patung
Baju nie digabungkan daripada anak patung macam arnab, zirafah, harimau dan lain2. Adeiiiii, jimat kos betol, anak2 patung korang waktu kecik tue bleh korang buat camni, he3 berani tak?





4) Baju daripada kertas timah
Kertas timah daripada pembungkus Espresso (sejenis kopi) digunakan dalam menghasilkan baju camni, he3 ada ka yg nak pakai baju camni, macam nak kena panggang dalam oven ja.





5) Baju wayar komputer
Wayar2 komputer digabungkan sampai jadi baju camni, he3 jangan takut kalo kena renjatan elektrik sebab wayar2 tue xda arus elektrik. Baju yg pelik tapi mcam cantik nie direka oleh Tina Sparkles.


6) Baju dari surat khabar
Pernah korang kena dera waktu orientasi mencipta baju dari kertas? He3, tengok pereka2 terkenal pon buat baju dari kertas surat khabar lama. Tapi 1 ja keburukannya iaitu tak boleh kena air, kalo kena cepat2 lari sembunyi sebelum baju hilang, he3.


7) Baju tulang rangka
Tah apa kena dgn pereka ni sampai nak cipta baju macam tulang rangka nie, korang berminat tak? Kalo korang cakap x berminat mmg korang rugi, besi2 kat baju tu emas ye, diulangi EMAS. Kalo pakai kena hari2 la, he3.


8) Baju bentuk patung
He3, baju bentuk payung pon ada kat dunia nie. Xtau nak tulis apa pasal baju nie, layan gambar je la, he3.


9) Baju bentuk rama-rama
Baju berbentuk rama2 nie dicipta oleh Lulu Yang, sesuai utk korang yg berangan nak jadi rama2 atau nak menyelami dunia rama2, he3.


10) Baju bentuk buih
Baju nie seksi la pulak, dah macam x pakai baju lak tgk. Tu pon ada pereka nak buat sebab terpengaruh dgn fesyen Lady Gagak, adeiiiiii...

baju baju yang korang tengok kat atas ni,kalo korang perasan la,ade gak baju baju ni lam citer Glee,time dieorang nyanyi lagu Lady Gaga tu..lagipun aku rase kan pereka baju ni dapat ilham daripada Lady Gaga kot..hahaha
p/s:harapnye korang enjoy gn entri ni..credit to budak botak.

happy mother's day,umi!! (part 2)