CPJ

CPJ

Sunday, 8 May 2011

happy mother's day,umi!!

salam semua,hari ni aku nak jiwang jiwang sket memandangkan hari ni adalah hari yang terindah bagi semua ibu ibu kat dunia ni..lagipun aku suatu hari nnti jadi ibu jugak kan..haha,poyo jerr..

hmm.hari ni aku nak buat post yang special punye untuk pengarang jantung hatiku..sape lagi kalau bukan umi,x taula,kadang kadang aku ni malu nak cakap i luv u kat umi depan depan tapi kalau dalam tepon kalah cakap gn pakwe,,hehe,yer macam ade satu perassan segan tau,pelik betul la aku ni,gn mak sendiri pun nak segan,,tapi tu la hakikatnya..

hmm,tapi satu la yang memang aku salut tinngi punye kat umi,umi ni memang sabar cume kadang kadang kuat bebl sket..aku kena bebel pun sebab salh aku sendiri,so,tebalkan telinga jela,x payah nak melenting memang salah kite..tapi,aku nak share something gn korang ni.sebab sometimes words cannot describe the true feelings..
















p/s: ...love you,umi,,

nasihat cinta seorang ayah

salam semua,walaupun hari ini adalah hari ibu,tapi aku rase nak share gak post ni gn korang semua,sebab kalu xdeayah xdela jugak kite ni..ok2..aku dapat bende ni daripada ben asyaari..jom kite share same same..


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenar nya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?   Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ?   Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??   Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.

Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yg sangat berharga.   Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya tetapi kita telah melanggar kepercayaan nya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..   Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..  

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..   Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..  




(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)

pantun orang putus cinta..

salam semua,,sebelum aku meneruskan karya teragung ni,aku nak bagi amaran lu,sape sape yang sedang,tengah couple adalah tidak digalakkan untuk bace masterpiece aku ni..haha..hargailah cinta dan pasangan korang sebaiknya..(pergh!!,,ayat kalah pakar cinta)..haha


"hatiku hacur ghela"


perkenalan kita satu purnama,
entah dinda tidak perasan,
kanda bukan lelaki sempurna,
seperti yang dinda dambakan.

bergotong-royong memasak gulai,
gulai dimasak bersama ikan,
terasa diri tidak dihargai,
niat ikhlas tidak dipedulikan.

belajar menjahit jari tercucuk,
terasa hati bila diperli,
rajuk kanda tidak dinda pujuk,
malahan dinda tidak ambil peduli.

menjala ikan mendapat pari.
pari dibawa keliling desa,
biarlah kanda undur diri,
agar dinda bahagia sentiasa.

sekarang dinda sudah bebas,
jalan yang telah dinda pilih,
cinta umpama menunggu bas,
jangan dinda terlalu memilih.

pergi ke lubuk menuba ikan,
hasil dikongsi bersama tetangga,
kebahagiaan dinda kanda doakan,
walaupun kita tidak bersama.


p/s::post ni x bermakna ape ape yer..hanya untuk korang semua..hehe..peace!!


hukum menonton wayang..


salam semua..maaf..ni bukan fatwa dari mufti ye..ni adalah entry copy paste aku dari seorang kawan blogger..aku rase benda menarik untuk dikongsi,,sebab tu aku nak share dengan korang semua..


Masuk Ke Panggung Wayang / Menonton Wayang Adalah Haram.

Dan dari zaman sekolah dulu, rasanya dah banyak aku dengar ayat "Masuk ke panggung wayang adalah HARAM" atau pun "Kalau kau masuk je panggung wayang, sebelah kaki kau dah di neraka". Aku pun macam... "Oh okay. Wayang jom?"



Sebab-sebab kenapa orang kata masuk panggung wayang itu haram:
  1. Menonton wayang adalah satu bentuk hiburan
  2. Bercampur lelaki dan perempuan di tempat gelap. Dalam tempat gelap dan tak nampak apa-apa, macam-macam boleh berlaku.

Setiap bentuk hiburan tu haram?
Well, sejak bila pula benda-benda yang berkaitan dengan hiburan tu haram? Korang pergi konsert artis nasyid yang aku rasa paling best which is Maher Zain, tak ada pun kata haram? Nasyid adalah satu hiburan. Konsert Maher Zain adalah satu hiburan. Please lah jangan kata korang pergi konsert Maher Zain adalah semata-mata kerana lagu Maher Zain adalah satu dahwah. Konsert-konsert Saujana, Hijaz, Rabbani dan segala tu bukan dakwah? Kenapa korang tak berebut-rebut nak pergi pun? YES, sebab melodinya sedap. Lagunya sedap. Di tambah pula dengan wajah Maher Zain yang handsome tu patut lah ramai sangat muslimah yang datang. Dah datang, terpekik terlolong mendengar dakwah. COOOOL!
 
Dan hiburan adalah tak haram. Tak haram selagi ianya tak melalaikan sampai block waktu solat. Menonton wayang, main games, tengok cerekarama, tengok Mega Movie, beli DVD then tengok kat rumah adalah hiburan. Tapi bila tengok kat panggung wayang, ianya adalah haram? Nice fatwa guys.

"Macam mana kalau ada pasangan yang buat seks / ringan-ringan kat dalam panggung wayang tu? Kau dah kira bersubahat!"

Come on lah. Kalau ada pasangan nak buat seks, kita dikira bersubahat even kalau kita tak tahu? And diaorang akan pilih panggung wayang untuk bermadu kasih? Deorang tak akan pilih dalam panggung wayang doe. Hotel bajet lagi murah lagi selesa. Tak nak hotel, dalam kereta pun boleh untuk bermanja.

Well, aku selalu tengok midnight movie dengan kawan-kawan aku. Takkan la tengok wayang dengan member pun jatuh hukum haram? Kawan-kawan aku tu dah la lelaki. Aku tengok pun tak berselera. Dan kalau wayang kat Golden Screen Cinema yang agak maju, confirm ada CCTV yang ada LED. Kalau korang nampak CCTV yang ada lampu LED warna merah, tu bermaksud camera tu adalah camera berkuasa tinggi. Dengan kamera tu, jerawat korang pun boleh nampak. Ianya amat jelas. So, korang nak buat free ringan-ringan show kat depan kamera? Ewww.

"Aku tak kira! Panggung wayang adalah haram sebab ianya bercampur antara lelaki dan perempuan di tempat tertutup dan gelap! Kalau kau duduk sebelah perempuan macam mana? Ianya menghampiri zina! "
Oh seriously? Korang tau tak. Dulu aku selalu naik bas di waktu malam. Think about it:
  1. Dalam bas
  2. Tempat tertutup.
  3. Waktu malam
  4. Campur lelaki dan perempuan
  5. Orang yang duduk di sebelah adalah berlainan jantina.
  6. Tak ada CCTV.

OMG naik bas waktu malam lagi menghampiri zina dari tengok wayang di panggung wayang. Sesungguhnya, bila korang beli tiket bas untuk perjalanan diwaktu malam, maka sebelah kaki korang dah ke neraka. Bila naik bas confirm-confirm ah dah masuk neraka. Bila tengok seat sebelah korang ada orang yang berlainan jantina dengan korang, confirm masuk neraka yang paling bawah sebab duduk dengan orang yang tak ada ikatan atau pertalian yang sah. OMG OMG semua yang dalam bas tu berdosa!

And hey, tahu kah korang dalam bas express, ramai pasangan buat projek bila berada di seat paling belakang? Ya, lagi ramai beringan-ringan di dalam bas berbanding ketika menontong wayang. Tak percaya, try google "3gp dalam bas". So, kalau ada orang ringan-ringan dan mengawan di dalam bas, korang pun dikira bersubahat? Again, nice fatwa.

Aku rasa, apa-apa bas express di waktu malam pun perlu di haramkan. Sebab? Sebab ianya campur lelaki dan perempuan di satu tempat tertutup dan gelap. HAHA.

Dengan kata lain, halal haram tu bergantung juga pada your niat dan keinginan. Kalau you all pergi ke panggung wayang dengan niat untuk buat benda haram, maka haram la. Sama la juga seperti korang pergi rumah member. Pergi rumah member tak haram. Tapi kalau dah pergi rumah member untuk buat benda haram, maka haram lah.

So, bagi yang kata asal jejak je panggung wayang terus jadi haram, maka better kalau you all try take a look sendiri macam mana keadaan wayang tu.
 
p/s..amacam..bes tak ???ok..aku kreditkan entry ni kepada...

Cara Menghafal Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik



salam..hari ni aku nak share something yang aku pun cukup kagum gn mende ni..Ya Allah betapa besarnye keagungan dan kekuassanya..mey kite share same same..
sebagaimana kita tahu,
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg aku nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.





jom kite belajar same same..


Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

p/s:Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...(thanx tu budak butak for this nice post)

berita terkini UPU!!!

salam..hehe..tengok tajuk da macam buletin Utama da..
ok,aku nak share something yang aku baru gak tau..ramai jugak yang bertanya kat aku pasal bilekah UPU fasa 2 akan dibuka..sebelumtu aku nak mintak maaf atas keconfiusan aku pada post tempoh hari..post hari tu aku tulis yang result UPU bagi budak STPM gn setaraf da boleh tengok.

mintak maaf sekali lagi,sebenarnya result tu untuk budak lepasan SPM,sorry yerk..bagi kite kite ni UPU fasa 2 akan dibuka pada 18-26 Mei,iaitu pada hari Rabu minggu depan.Dan keputusan permohonan boleh diketahui pada minggu ke-2 bulan Julai,,ok??..paham semua anak2..hehe

pastu,di sini nak merungkai sedikit kemusykilan bagi mane mane yang tengah pening lagi tu,aku nak bagitau ni yang sape sape ade amek kos yang memerlukan korang kena temuduga,sila check sekarang  jugak kat link ni.
Hal ini disebabkan ramai antara geng geng aku yang da terlepas temuduga ni..nnti korang jugak yang rugi..lagi satu kalau korang da lupe ape kos yang korang isi mase fasa 1 pun,korang kena check balik demi kesejahteraan anda..mane la tau korang isi lain tapi ingat yang lain..

p/s:semua orang cam da cuak,aku pun same,tapi aku masih tertanya tanya ni nape xde pengumuman pun pasal suh check temuduga ni.at least inform kut email pun xpe..cam saje xnak bagi pergi temuduga ape??...
yang lepas2 punye UPU untk first degree camni ke??..