CPJ

CPJ

Tuesday, 3 May 2011

roboh rumah anak berebut tanah

salam..hri ni aku nak citer sket pasal tajuk yang kat atas ni..kalo korang bace paper hari ni,kompem jumpe pasal ni..mule2 tu rase cam nak gelak pun ade,,ade ke patut nak roboh rumah anak sebabnye berebut pasal tanah.

Meh,aku citer sket,kejadian ni belaku kat Marang,orang teganung kite!!..ape nak jadi ni..kejadian ni berlaku hanya disebabkan tanah yang luasnya sekankang kera kira kira 0.4 hektar (besar giler kankang kera tu!!)..haha,bapak die ni umurnya dah 70 tahun manakala anakya da umur 50 tahun pun..kalau nak kire bapak dye ni lebih kurang umur datuk aku la..boleh dikatakan tahap orang duk atas tikar sejadah da..yunggu mase jer..kalau orang tua tua  cakap "rumah kate pergi kubur kate mari"..macam tula ibaratnya..

tapi tula,disebabkan tanah pusaka tu,pak cik ni sanggup robohkan rumah anak sendiri.siap panggil dua jentolak kot..bapak rr!!..malah bapak dye ni cabut meter air gn eletrik..ni bapak jenis ape ni??...adoii,,dunia2..nak dijadikan citer pulak bapak die ni bawak sekali 3 orang anak tiri dye..konon kononnye back up kot..

pastu pak cik tu suh sodok rumah anak die ni, abes musnah bahagian dapur gn garaj kat depan rumah anaknye..ish3..kire cam da naik antu la bapak die ni sebab anak,menantu gn cucu2 die sumer kat dalam rumah tu..begitu tegar pak cik ni..disebabkan takut sesuatu yang lebih buruk berlaku,salah seorang cucu die ni buat laporan polis.

sampai jer polis,tau pulak pak cik ni cabut..terbang abes kopiah..punye la die pecut,tapi selaju laju arnab berlari,laju lagi polis tu rempit!! pak cik tu ditahan kat Kampung Gelugur Kedai..tau takut!!hehe..pak cik ni  kena tahan reman selama 3 hari dan sabit kesalahan dibawah Seksyen 506,(ugutan jenayah)336(perbuatan membahayakan orang lain),379(mencuri), dan 472(merosak harta benda)..amek kau..x pasal pasal duk lam lokap..(aku rase la pak cik ni geng geng kampung dusun waktu mude mude dulu)..haha..jangan marah rr..

p/s:aku bace kisah ni membuatkan aku terpikir sejenak..nape la nak heboh heboh pasal ni,sampai libatkan polis.sepatutnye bende2 camni dibawa berbincang sesama ahli kelarga..memang la tanah pusaka,,kite kan ade cara yang lebih baik selain membuka pekung di dada hanya untuk menyelesaikan masalah dalam keluarga..

"Keluarga Bahagia Adalah Keluarga Yang Bersatu Padu "

gambar Osama bin Laden di Photoshop??


Salam...

Sekarang ni kecoh pasal Osama Laden meninggal dunia, x lama lepas tue kecoh pulak pasal gambar mayat Osama sebenarnya diedit menggunakan Photoshop, adeiiiiii. Korang dah tgk teknik2 nak menghasilkan gambar cmtu? Jom kita tgk kat bawah nie, gambar mengandungi unsur2 ngeri ye..



cube tengok gigi die..same dlm gmabr yang hdup gn gmbar yang da mati

tahap dan kadar kecederaan adalah sama

keje sape yg edit ni??

gmbar kat tv dan juge gmbar kat paper berita harian


Camna? Dah tengok kan? Kejap ja nk kantoi kalo buat keja jahat. Jap nak kol Presiden Obama tanya apa kes gambar2 nie diedit, he3...


misi khas bunuh OSAMA!!

salam..ni more review pasal kematian Osama bin Laden.aku dapat info ni daripada paper Metro. Dikatakan

Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah kediaman di bandar Abbottabad, tidak jauh dari ibu negara Pakistan, awal pagi semalam, sekali gus menamatkan pemburuan hampir satu dekad ke atas perancang serangan 11 September ke atas AS itu.
Anggota pasukan khas tentera laut yang diturunkan dari helikopter ke laman rumah Osama telah diarah untuk membunuh, bukan untuk menangkap Osama, kata seorang pegawai keselamatan AS kepada wartawan.

“Ia adalah operasi untuk membunuh,” kata pegawai itu yang enggan dikenali.


Penganalisis menyifatkan kematian Osama sebagai simbolik kerana beliau dipercayai tidak lagi mengeluarkan arahan berkaitan operasi kepada kumpulan yang ada kaitan dengannya di seluruh dunia.

Bimbang berlakunya serangan sebagai membalas dendam ke tas kematiannya, AS dengan segera mengeluarkan amaran kepada rakyatnya di seluruh dunia.


“Ini adalah saat penting kerana al-Qaeda akan membalas dendam. Ini adalah kekalahan besar kepada mereka dan mereka perlu bertindak secepat mungkin dan terpulang kepada kita untuk menghalang mereka, kata ahli Kongres Peter King.



Kematian Osama dipercayai tidak memberi kesan besar ke atas perang hampir sedekad di Afghanistan.

Tentera AS di negara itu tahun lalu dilaporkan menghadapi jumlah serangan paling tinggi daripada puak Taliban, yang berjanji untuk membalas dendam terhadap kematiannya.



p/s:kalau pas ni ade perang dunia ke -3 ke,,sape yang perlu dipersalahkan??..

Penyelarasan Kalendar Akademik IPTA sesi 2011-2014

Perancangan tahunan ramai pihak terutama pelajar dan warga universiti tempatan akan terbabit secara langsung bermula tahun ini apabila Kementerian Pengajian Tinggi membuat penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Penyelarasan kalendar akademik IPTA ini akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Tujuan Penyelarasan Sesi Akademik

Di antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa bagi membolehkan program mobiliti akademik dilaksanakan secara lebih efektif.
Dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar universiti tempatan perlu didedahkan kepada senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar.
Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar. Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju.
Perubahan kalendar akademik universiti kepada September juga bukan bertujuan menarik pelajar antarabangsa sebaliknya lebih kepada usaha menyelaraskan tempoh pengajian dengan universiti luar negara.
Penyelarasan ini juga membolehkan pelajar-pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa. Justeru penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan.
Penyelarasan ini juga membolehkan profesor-profesor terkenal dari luar negara berkongsi kepakaran dalam aktiviti penyelidikan dengan IPT tempatan.
Ketika ini apabila mereka mahu berkongsi kepakaran, pensyarah di Malaysia sibuk dengan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan apabila pensyarah Malaysia hendak buat penyelidikan di luar negara, mereka pula sibuk, maka tidak dapat mengoptimumkan kolaborasi penyelidikan dan pengkomersialan pensyarah tempatan. Justeru dengan adanya penyelarasan sebegini, pensyarah IPTA dapat mengambil peluang serta inisiatif untuk memulakan kolaborasi penyelidikan dengan universiti luar negara tanpa perlu menjejaskan waktu untuk berjumpa pelajar.
Penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka. Proses pemilihan akan dimudahkan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian.
Begitu juga penyelarasan ini akan mengurangkan kekosongan tempat pengajian yang disebabkan oleh pelajar yang berhenti dari IPTA kerana memasuki IPTS dalam negara atau luar negara dalam bulan September.

Fasa Pelaksanaan Kalendar Akademik

Tarikh       UntukPendaftaran
Sesi AkademikPelajar BaruPelajar Lama
2011/20122-7 September 20111 Ogos 2011 (Nota)
2012/201313 Ogos 201220 Ogos 2012
2013/20142 September 20139 September 2013
Tarikh di atas masih lagi tertakluk kepada keputusan muktamad pihak IPTA. Oleh itu para pelajar dinasihatkan merujuk kepada pengumuman terkini universiti masing-masing.
Nota : Kementerian Pengajian Tinggi memberikan fleksibiliti kepada pihak universiti untuk menentukan sama ada pelajar lama wajib mengikuti kalendar asal (daftar dalam bulan Julai) ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011.
Penyelarasan kalendar sesi akademik ini akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sekarang ini.
Mengikut kalendar sesi akademik yang baru, pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011. Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos.
Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 September, 2013 dan pelajar lama pada 9 September 2013.

Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM 2011 ambilan khas

Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulusan Unified Examniation Certificate(UEC) dan Sijil Menengah Agama ((SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) yang ada membuat permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bolehlah membuat semakan samada mereka terpilih untuk menghadiri temuduga mulai hari ini 25 April 2011.
Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM

Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM Ambilan Khas

Temuduga

  • Proses temuduga dijadualkan akan berlangsung dari 2 Mei sehingga 5 Mei 2011.
  • Lokasi temuduga adalah seperti yang tertera di keputusan semakan temuduga.

Ujian INSAK

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan(INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.

Maklumat

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
  • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
    KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62604 PUTRAJAYA
    (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
    Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1253/ 1371/ 1235
  • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sabah
    d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
    Peti Surat 10491
    88805 Kota Kinabalu, Sabah
    Telefon : 088 236804
  • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sarawak
    Jalan College
    93259 Kuching, Sarawak
    Telefon : 082 258045

semakan tawaran ke tingkatan 6

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh membuatsemakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2011 mulai 2 Mei 2011. Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6tahun lepas sebagai panduan umum.



Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;
  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2011.
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 9 Mei 2011 (terima kasih Syazwani).
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan tahun lepas di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan. 

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Maklumat

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi

salam..hari ni aku nak kongsi sedikit info pasal "Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi"

Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

FASA

  1. Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
    1. Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
    2. Fasa 2 – Pengemaskinian
  2. PENTING : Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.

KATEGORI

Permohonan lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi adalah dikategorikan seperti berikut;
  • Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
  • Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori U – Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  • Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  • Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • Kategori J – Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Matrikulasi , PASUM dan Asasi 2010 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  2. Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
  4. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). Ini hanya untuk permohonan ke USM.

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Fasa 1 – 13 Disember 2010 – 13 Januari 2011
    • Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
  2. Sebelum membuat permohonan di Fasa 1, pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Permohonan perlu dibuat secara online di permohonan kemasukan ke IPTA Sesi 2011/2012 lepasan matrikulasi,PASUM,Asasi
USM
  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • Fasa 1 – 13 Disember 2010 – 17 Januari 2011
    • Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Matrikulasi seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan. Pusat Ujian MUnSyI bagi calon Asasi UiTM dan PASUM akan dimaklumkan kemudian.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di pohon@USM

TARIKH TUTUP

  1. Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 untuk UPU adalah 13 Januari 2011.
  2. Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 untuk USM adalah 17 Januari 2011.
  3. Tarikh tutup bagi Fasa 2 untuk UPU dan USM akan diumumkan kemudian tetapi biasanya dua minggu selepas pengumuman keputusan semestar 2.

MAKLUMAT