![]() |
| IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat, awal pagi tadi |
salam,,hmm,hari ni aku nak kongsi sket pasal berita yang aku bace daripada paper Metro gn Berita Harian ni..menurut paper Metro,yer cakap yang Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan yang dilakukan tentera Amerika Syarikat (AS), kata Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman menerusi televisyen negara itu, sebentar tadi. Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House berkata Osama terbunuh dalam satu operasi CIA diketuai AS di Islamabad, Pakistan.
Tapi dalam berita harian pulak lebih banyak melaporkan pasal pandangan Malaysia terhadap kematian Osama Bin Laden ni.Sebagai contoh, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berharap kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.
Malah dikatakan pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup di dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh di dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di bandar Abbotabad, berdekatan Islamabad. Turut dilaporkan terbunuh di dalam serangan itu termasuklah seorang anak Osama dan beberapa yang lain.
Mula mula aku bace pasal ni agak terkejut jugak,tak sangka rupanya akhirnya Osama Laden mati terbunuh,Aku ingat lagi kot mase waktu sekolah rendah memang siap ade lagu utk Osama ni.Malah,kalau gi kat pasar malam setiap hari Ahad kat Kg. Raja tu siap ade orang jual t-shirt gambar Osama.Memang dikatakan popular la dan boley wat duit gune karaktor Osama ni..patung mainan pun ade..x caye??..cube korang tengok ni..
Korang bayangkanlah aku ade sorang kawan kot yang name Osama,mungkin mak dia berkenan sangat kot kat name Osam ni.haha..Walau pape pun,aku still x paham dan x tahu yang brtul ke Osama ni pengganas yang menjadi dalang dalam peristiwa 11 September??
Kalau betul die x salah kenape nak sembunyi dan membiarkan orang memburunye??..
