CPJ

CPJ

Sunday, 1 May 2011

artis malaysia tiru kpop?!!

salam..first impression aku tengok mende alah..mmg tergamam la jugak..sebelum ni aku memang x pernah dengar la pasal dua kumpulan KPOP Malaysia ni..korang pernah dengar x name kumpulan "gula gula" gn "24/7" ni..aku ingatkan ade satu jer,,tu pun aku x ingat name kumpulan tu ape..tapi kumpulan tu pernah on air dalam Malaysia Hari Ini, x silap aku la dierorang punyer single adalah lagu tema untuk dram slot akasia "Seribu Kali Cinta" tu..ni aku nak kongsi sket gn korang2 sumer..cbe bagi komen sket..

selamat menjamu mata!!..(*_*)


vs


da name pun kpop amek gambar pun kena la style kpop,ape nak jadi ni..sumer anak bangsa kite!!.. 

skirt kalah baby

x tau nak comment ape da..

macam lam reality show pun ade..
Ok tu dah abis bab kumpulan pompuan, adeiii igt pompuan ja ada, rupanya kumpulan lelaki pon ada. Diberi nama kumpulan 24/7, kumpulan ala2 Kpop nie dikatakan tiru kumpulan Ze:a dari Korea tue. Tah la, ada yg kata mcm kumpulan gay pon ada, korang tgk la sendiri bandingkan sama x mcm kumpulan Ze:a tue.


vs


Pastu bergambar pon pelik2 ja, cuba korang tgk gambar kat bawah nie.

"cute" giler!!!..

x prnah la plak aku tngok gaye cmni...boleh korang bgtau ni gaye ape??

smart sngat la gaye cam tu??

kalo hensem xpe la jgk..ni (+_+)

no comment





adeii..aku bukannye xnak sokong perkembangan industri muzik tanah air kite ni..tapi agak2 la der..cam kmpulan gay pun ade da aku tngok.aku bukannye nak kutuk atau mengate tapi memang errRR!!..
geli geleman aku..x salah kalau nak "contohi" bukan tiru yer..artis kat luar tu,tapi jangan la smpai orang cakap ctrl c gn ctrl p (copy and paste)..cmne nak membangun ni,cakap nak jadikan hab muzik Asia..dalam negara pun x lepas..cmne ni der??..LU PIKIRLA SENDIRI


P/s:Ada pulak yg siap gaduh kat Facebook kalo ada yg kutuk kumpulan2 nie, mungkin die-hard-fan dua kumpulan nie kot. Apa la pulak pendapat korang?..Kalo artis Korea tgk, mesti dh gelak guling2 dah nie, ha3...

cara nak lajukan broadband bagi yang dah abes limit!!!

salam..haa,korang mesti teruja punyerla kalau dapat lajukan BB yang da semakin lembab dari sehari ke sehari...tu la kalau da download tu x ingat dunia..mulalah belum sampai tengah bulan da macam siput daa..
adoii..tensen2..ok,ni cf nak bagi satu penyelesaian dari masalah kebuntuan BB lembab ni..aku dapat ni daripada seorang hamba Allah ni...

mule2,kalau da over limit tu korang akan menerima "mesej cinta" dari celcom ni,kalau korang gune celcom rr..


cube korang tengok yang kat dalam kotak merah tu.da 6GB lebih


solutionnyer..cmne xnak bagi celcom ni kawal kiter punye speed BB

1) Pastikan wktu nie dh connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok...


2) Akan kuar command prompt mcm kt bwh ni. Tulis "ipconfig/all" dan enter...


3) Bila dh enter akan kluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tgk gambar kt bwh utk pilih yg mna betol...



4) Ok skarang tekan "ping [address korang] -t" Cth ping 10.175.53.131 -t   mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan trima balasan mcm kt bwh. Kalo x kuar mcm kt bwh mksudnya x berjaya la tu...


5) Biarkan bnda ni jalan selama mna korang online. Kalo dh xnk tekan pangkah tu ja.

Proses nie akan buat korang akan sntiasa ada connection dgn server, akan cepatkan proses hantar & terima packet (bdk2 network n IT tau la apa bnda nie) jadi website lbih cepat loading...

Tip nie utk semua jenis broadband xkira la CELCOM, MAXIS, DIGI asalkan broadband tapi aku gna Windows XP, jadi utk yg gna lain tu mgkin ada beza sikit...yang pentinye mase nak ambik IP address tu korang perhatikan nombor yang lebih kurang camni(10.175.53.131)..dye xde beza sngatla even gne XP atau wndows ..tpi kalo gne MAC wallahualam..

p/s:,,ingin maklumat lanjut try korang review blog ni..selamat mencuba..pas ni xyah nak tensen gn "kepantasan" BB anda..hehe


salahkah wanita tak tahu masak??


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

p/s:aku pun dalam proses nak belajar masak jgak ni..hehe

iphone 5 rumour's

salam..haa,meh pakat2 tengok gn iphone ni..agak2 nak beli ke,dipersilakan,,heheeh
check this out!!..


seperti yang dikatakan iphone 5 akan xde lagi isu isu antenna ni..


iphone 5 ni akan jadi superb pnye flat..memang melekat la kt lantai tu..


iphone 5 ni mungkin akan ade 3.7 hngga 4 inch screen..x pyah nak bukak mata luas2 lagi..


ade jgk rumor yg menyatakan iphone5 ni akan jdi mini ataupun nano..


mungkin ade sambungan 4G,,giler hebat!!..


xkan ade sim atau custom sim card..yg ni best!!..

 p/s:memang betul2 holiow..sape2 yang berminat bleh la beli..hehe

kekasih halal

salam..hehe,hari  ni da back to normal..no more post pasal kate gn william,,hahaaku nak daulatkan balik bahasa kebangsaan ni..hari ni aku nak share komik ni,(komik ke??)..haha..okla,selamat menjamu mata!!