CPJ

CPJ

Tuesday, 26 April 2011

outstation...

salam..citer ni aku dapat dari kawan aku merangkap geng aku..hehe..aku post ni pun sebab dye cam mengharap jer..haha(jgn marah rr..nnti kena jual!!)..harap korang enjoy bace citer ni..boleh tahan la lawak dye..



Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…
Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu…
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..



p/s: x tahulah bile alkisah ni nak abes,,hehe

Mitsubishi vs kancil..


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'


  
                                             

isi borang untuk kerja kosong..

Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.
Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??


p/s:hanya lawak yang direka semata2 bukan untuk tujuan lain..hehe

cerita seram Bukit Bauk

salam..hari ni aku nak tulis pasal citer hantu sket.Memandangkan fenomena hiburan tanah air masa kini serta selera penonton yang lebih suke untuk tengok citer seram ni..meh,korang layan pulak citer hantu aku ni..

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Kuantan.
Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Dungun kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah.
Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Kuantan sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Bauk, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya.
Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya
“Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”
 Abang.. tolong lah saya.
 Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti.
 Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Kuantan aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”.
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke Kuantan jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk.
Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya.
Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu.
Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku.
Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu…
Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika…
Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya.
 Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .
Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya.
Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam.
Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
Wassalam…



p/s: citer ini tidak ade kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..hahaha

kid 3000


salam..hari ni aku nak share gn korang sumthing yang hari ni aku rase gambar2 kat bawah ni adalah imaginasi terlampau tapi x mustahil kalau satu hari nnti semua ni jadi kenyataan..bak kate pepatah"a reality is starting with imaginasi"..haha






















sedih!!..sedih sangat..


Suatu petang di sebuah 'supermarket' .... Seorang lelaki muda tengah berjalan dibahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandangdan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer...sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadituh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.


"Maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi.Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.


Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik?maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa....mak cik ada satu permintaankecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betulrindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".


"Oh boleh... takde masalah" katalelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya kedalam plastik,perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!! !!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah??????? !!!!"....

Tungguku Di Jannah (end)

Syuhada mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Hayati tersenyum sahaja.
Syuhada bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Hayati tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Hayati, matanya berkaca-kaca.
Syuhada mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Hayati berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Syuhada sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.

Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ,"  Hayati menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Syuhada terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Syuhada mula meluahkan isi hatinya.

Hayati berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Hayati pula berkata, "Kosong-kosong!"

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Hayati menyambung.

"Lillahi ta’ala!" Syuhada dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" 
Hayati menyogok sesudu aiskrim kepada Syuhada.
"Hehe.." Syuhada tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" 
Hayati bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Syuhada. Hayati terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.





p/s: A fRiEnD iS sOmEoNe WhO kNoWs ThE sOnG iN Ur HeArT aNd CaN sInG iT bAcK tO yOu If U hAvE fOrGoTtEn ThEm