CPJ

CPJ

Thursday, 21 April 2011

Hot pizza canggih terlajak

salam..ya Allah bosan giler..so,aku pun merayau rayau la dalam laman sesawang ni..dalam duk tekan2 mouse tu aku terklik la dekat benda alah ni..


Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia - Selamat dtg ke
dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya
bantu....

Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan
seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan
Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :
03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit :
anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah
tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul
"Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg
saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang
berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak
RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk
tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum
penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun
encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public
Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash
kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama
dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai
pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun
2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod
org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah
lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab
bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2
botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga
mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang
komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada
website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi
Pizza Hot....


p/s: kalau la korang kat tempat pak cik tu??...cmne eiyk??..haha

Tungguku Di Jannah (Part 2)

"Assalamualaikum..Nak ke mana tu?",rupa-rupanya Sufiah.Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah."Syuhada ,Hayati..Naiklah kereta saya ni.Tak sudi ke naik kereta buruk ni?"
"Kami nak ke North Melbourne,are you heading that way as well?",tanya Hayati.

Syuhada yang belum sempat menghabiskan kata-katanya ,terkejut dengan kedatangan Sufiah.Hayati tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibatrat Mr. Bean yang memandu kereta kumbang.Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in,come in.Have a ride.I'm heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne".kata Sufiah.
Dalam kereta Sufiah memasang lagu UNIC ,Sahabat Sejati.Hayati yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara,"Syu,ni lagu untuk awak."Syuhada tersenyum,"Terima kasih".Sufiah pula mencelah,"Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?".Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Hayati memandang Syuhada yang sibuk berceloteh bersama Sufiah.Hayati mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang.

"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala 
keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Syuhada tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Hayati.

Hayati sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang menpunyai semangat juang yang tinggi. Syuhada merupakan sahabat fillah yang pertama yang Hayati kenali. Syuhada banyak memberikan sokongan kepada Hayati di dalam pelajaran,maklumlah Syuhada pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu,sejak mereka melangkah ke tahun kedua unversiti,dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu.Hayati sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan ,dari segi pelajaran,dari segi dakwah,dari segi tarbiyah,dari segi bilangan mad'u,dari segi segala segi.

Hayati terus memerhatikan Syuhada ,direnungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya,"Ya Allah, terimalah segala amal sahabat ku ini,dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekiranya dia berasa lemah dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau".

Tiba-tiba,Hayati terasa hatinya sangat lapang.Inilah yang dia mahu rasakan,selama ini perasaanya risau, sedih,bercampu baur apabila Syuhada sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin,"sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang,kita segera doakan kebaikan untuk dia,insya-Allah,syaitan yang cuba menghasut kita tu akan lari lintang pukang.Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita".

Ini membuatkan Hayati tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak kepada Allah.Dan sekiranya seseprang insan itu tidak diberi penghargaan,dia tetap menjadi seperti pokok.Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Hayati mahu berlari seperti orang lain,berari menuju jannah InsyaAllah,sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya'.Tapi,kadang-kadang,dia letih.Kerana lupa mengukur kapasiti  diri.Mungkin kerana terlupa,Allah melihat usaha seseorang ,dan bukan natijahnya.
Tapi,menjadi kebiasaan manusia,sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Hayati terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di jalan Al-quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya,tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah,masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini,mudah sangat putus asa," getus Hayati di dalam hati.Syuhada melihat "rier-view mirror",ternampak muka Hayati yang serius.
Syuhada membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Syuhada membawa keuar "handphone"nya.

Syhada menaip sms,"Salam Huda,maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni.ada hal sikit.nanti akak hantar pengganti akak ke rumah awak ye,hehe."
Sufiah membuat "announcement","Baiklah, kita dah sampai Docklands.Selamat makan aiskrim Dairy Bell, janga lupa saya".

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."