CPJ

CPJ

Tuesday, 19 April 2011

Tungguku Di Jannah (Part 1)

Syuhada mengemas pakaiannya ke dalam "backpack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam  "backpack"nya. Hayati,teman sebilik Syuhada memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah ke malam ni ?", tanya Hayati.
Syuhada sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu...sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi kat dalam bilik malam ni, tak de orang nak segarkan saya kalau mengantuk masa study",Hayati merengek.

Syuhada memakai tudungya, sambil meniup-niup bucu tudungya supaya kemas."Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan selain Allah. Doa la banyak banyak supaya Allah segarkan awak.Kadang- kadang saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Hayati mencebik."Awak tido rumah sape lak malam ni?"

"Rumah, err..rumah...Huda."Syuhada teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Syuhada bermalam di rumah Huda.Huda merupakan junior kepada Syuhada, dia merupakan seorang muslimah yang mempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti Islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Syuhada telah pun menjalinkan hubungan yang akrab dengannya. Maklumlah , sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut,Hayati?"Syuhada cuba menghangatkan suasana.
Muka Hayati terus berubah ceria."Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam dirinya, dia dapati dalam dia memenangi hati mad'unya, kadand kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sanat "supportive", dan sering memberi kata-kata peransang , serta ada kalanya sekiranya Syuhada tidak sempat melaksanakan tugas mengikut"duty roster" rumah, pasti ada sahaat yang lai yang inin membatunya,terutama sekali Hayati.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!"kelam kabut Hayati meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Syuhada berjalan menuju ke stesen bas.
Hayati melihat jadual bas,"pukul 5.30 p.m baru bas sampai,sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Syuhada mengangguk."Takpelah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak...."Syuhada memulakan bicara.
"Tak tau,hehe"Hayati berlawak.
"Takpelah...tak jadi bagitau la kalau camtu.."Syuhada terus merajuk.
"Alah, awak ni..saya gurau je.."Hayati cuba memujuk.

Syuhada memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itudia mudah terasa dengan setiap tindak tanduk Hayati. Namun begitu, Syuhada merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.

"Awak tau tak,dalam banyak banyak kawan kita....Awak la yang paling saya..."belum sempat Syuhada menghabiskan ayatnya,tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.