CPJ

CPJ

Saturday, 9 July 2011

another pixs to share


salam semua..hye..
another nice pixs i wanna share..looks cool right??..hehe
Posted by Picasa

kucing+gigi =


salam semua..
juz wanna share this cute picture ni..a lil cute eventhough a lil bit freak..i tink...hehe..hope your life today and onwards is full of happiness..
Posted by Picasa

Friday, 1 July 2011

Remaja Malaysia Menang Peraduan "Iridescent Artwork" Transformers 3 Peringkat Antarabangsa

Salam semua...

Seorang pelajar Malaysia berumur 17 tahun mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu peraduan mencipta logo siri filem Transformer. Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said Melaka meyiapkan logo tersebut dalam masa 1/2 hari dan berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton hujung bulan nie sekaligus
meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat. Logo tersebut akan menjadi latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers 3: Dark Of The Moon" yang akan dinyanyikan oleh kumpulan Linkin Park sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow.

Tahniah la sebab dapat menang ye, memang rezeki dia la tue. Daripada banyak2 penyertaan seluruh dunia karya dia terpilih untuk jadi juara, bukan senang nak menang tue. Dengarnya dia tak tau lagi apa hadiah yang akan diberikan oleh pihak penganjur, tah2 dapat jadi kawan Sam Witwicky untuk filem akan datang, he3.



p/s;memang bangge la walaupun bukan aku yang menang..hehe

Video Maharaja Lawak Astro Minggu Akhir - Koleksi Penuh | Sepah Juara

salam semua,
Maharaja Lawak telah berakhir dengan Kumpulan Sepah menjadi juara dan membawa hadiah wang tunai Rm 400 ribu. Persembahan kumpulan Sepah boleh dikatakan kosisten setiap minggu dengan lawak2 diorang yg dapat menghiburkan penonton.(yang ni aku copy paste dari budak botak)..heehe

Berikut adalah keputusan Maharaja Lawak tadi.


Juara : Kumpulan Sepah
 (manisnya kurma ini..haaa)


Naib Juara : Kumpulan Jozan

Ke-3: Nabil

Ke-4: Kumpulan Jambu


Bagi yang tak berkesempatan nak tengok hari tu, jom kita layan lawak2 diorang nie.














"Sekali Lagi" bersama Lisa Surihani, Shaheizy Sam Dan Mia Sara Nasuha



salam semua,
ok,aku rase da ramai orang tau pasal filem terbaru terbitan metrowealth production ni...x silap aku la penggambaran die daripada awal tahun lagi,mase tu die review filem ni lam Melodi,first time aku tengok memang teruja..mana taknya aku memang minat la gn Lisa Surihani dan Mia Sara ni..cute abes..


sinopsis citer ni aku x jumpe cari,dan aku pun malas plak nak tulis..hehe,,sorry,tapi aku nak korang pikir sendirik jalan citer ni berdasarkan video kat bawah ni..

Tahajud Cinta plak!!..


salam semua,
da lame aku tak tulis kat blog ni,tapi hari ni aku teregraka hati nak tulis pasal sumthing ni..haa.korang perasan x salah satu promo kat tv3,yang bakal menggantikan citer KERANAMU LAILA tu..first time aku tengok,aku da terpikir pikir tau,sapekah pemilik suara dan mata tu,setelah diamati betul betul,aku memang confirm la tu suara gan mata fauziah ghaous,haa..aleh aleh tadi,aku duk usha satu blog ni,rupenya sangkaan ku memang tepat..haha..ni ade sinopsis sket psal citer ni..jom tengok..


Sinopsis
Tahajjud Cinta Mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).

Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
 (citer ni mostly memang pasal islamik sket,kite tengok yang mana lagi popular antara stanza cinta gn tahajjud cinta,dua dua drama ni ditayangkan seminggu sekali dan juga bertemakan cinta dan juga islam..kalau korang nak tau pelakon pun ade yang same tau)

Pelakon
Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, Neelofa, Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila.
(amek kau,aaron aziz berlakon jugak lam citer ni.bagi peminat nur kasih plak,tiz zaqyah gn remy pun ade..kalau ikut senarai pelakon cam best.tapi aku xley komen lebih lebih nanti korang tengok sendirik yerk..hehe)


Friday, 24 June 2011

i fell in love??!!




salam semua...
ish..betul ke ni??..betul ke ape yang aku nak tulis ni..hmm..korang mesti terpikir kan betul ke cf ni??..cam aneh jer..haha..sangkaan korang memang meleset,percayalah yang aku memang truly,madly deeply fell in love..ini bukan satu penipuan tapi memang da kenyataan...(da macam melodi la plak)

camnila..sebelum aku citer gn lebih mendalam lagi pasal citer ni aku nak kongsi sket citer yang satu ni..dipendekkan citer,dulu kan aku memang x pernah nak pandang die,ape lagi nak ambil tahu pasal dia..kalau aku ambek tahu pun sebab kawan kawan aku yang paksa,tu pun belum tentu aku ambek pusing pasal hal ni..sampaikan rmai jugakla kawan kawan aku yang cakap "wei,mu ni memang x dop perasaan ko??ape la mu ni??..sampai camtu sekali..aishh..memang tahap kritikal la aku x suke kat die ni...

lagipun aku anggap layan mende mende camni buang masa jer,bazir duit,dari aku perabih duit kat mende tu lebih baik aku beli makanan...yang lagi teruk lagi aku siap kutuk lagi kawan kawan aku..tapi,aleh aleh skang ni aku plak yang da melebih lebih ni..tula,dulu kalau tak suke x payahla nak kutuk orang kang da kena kat batang hidung sendirik..adehh,,,skang ni aku rase mase aku sehari harian memang duk perabih kat mende ni jer,rela makan lewat pastu siap pasang angan angan lagi nak buat koleksi..

da buang tabiat ke aku ni??..aku pun pelik gn perangai aku ni.. korang nak tau tak sape die tu??..dialah pengarang jantung buah hatiku,intan payung Encik Novel...haha..da kes parah da aku ni..aku rasa la penyakit "angau" aku ni bermulanya sebab drama nora elena rr..(cess...da suke tu mengaku jela x payahla nak salahkan orang laain plak)...bukan ape,lepas tau jer drama tu adaptasi novel,terus aku google books novel tu,yela,wlaupun aku perah baca novel ni, x silap aku masa form 4 dulu,tapi kalau korang kenal aku memang aku bukan jenis yang layan sangat novel novel ni..kalau aku bace pun aku bace sinopsis kat belakang dan subtopik yang last jer...tu la cara aku bace novel"dulu"...aku ingat lagi,kawan aku punya la mati mati promote aku satu novel ni..yela..disebabkan aku kesian kat die tu,,aku try la bace,,tapi nak wat camne kan kalau da x minat tu,,memang novel ni jadi ubat tidur la..orang bace novel sehari da abes..aku seminggu pun belum tentu abes 1 subtopik..tu citer dulu rr...skang ni aku da berjiwa matang..chewaahh..haha..

tapi kan..setakat ni aku memang da boley list novel yang aku da bace..antaranya

  • kasih yang suci
  • andai itu takdirnya
  • cinta kau dan aku
  • bicara hati
  • ombak rindu
  • sepi tanpa cinta
  • erti rindu ini
  • kau sayangku
haa..amek kau...sape kate aku ni hati batu,,xde perasaan!!..tarik balik.."muka jer legend tapi hati cute"haha..bukan setakat taman da tapi siap ade kebun bunga lagi kat dalam hati aku ni..haha..

p/s"entri ni hanyala h satu perkongsian..nanti ade mase aku bagi link kat korang untuk bace online novel tu..ok?..hehehe

Sunday, 19 June 2011

Monyet Peluk Jari

 salam semua,
bila kita menggambarkan monyet sahaja, mesti gambaran monyet sedang memanjat pokok. aku pun macam itu juga. Tapi percayakah para pembaca, aku telah menjumpai gambar monyet memanjat jari manusia? Mesti para pembaca tak faham soalan tu kan..???!! Pernahkah para pembaca lihat monyet kecil memanjat jari manusia? Jawapannya ada pada gambar berikut.

Gambar berikut adalah gambar anak monyet ‘Pygmy Marmoset’ ataupun ‘Dwarft Monkey’. Spesis ini berasal dari Amerika Selatan iaitu Bolivia, Peru, Ecuardo dan Colombia. Saiz monyet ini adalah 10-15cm  tinggi dan 100-150gm berat. Percaya tak para pembaca? Jom layan!!!








 
seriusly,memang comel,geram aku dibuatnye...nak satu boley??...hehe
thanx again to pangkahbulat blog...

Lelaki Paling Cantik Di Dunia

salam semua,
Haaaa kebiasaanya kita semua kerap mendengar wanita sahaja yang cantik. Tetapi kali ini aku akan menceritakan tentang lelaki paling cantik di dunia. Mari kita lihat koleksi gambar lelaki yang aku maksudkan.








Sangat cantik kan lelaki ini. Kelihatan seperti seorang perempuan cantik yang asli. Kepada jejaka - jejaka diluar sana, kamu semua mesti terpikat apabila melihat gambar ini kan? Atau kamu sedang bergaduh dengan rakan kamu untuk berebutkan lelaki ini? Hati-hati kerana kamu sedang terpikat dan berebut kepada kaum sejenis kamu.

Nama lelaki ini adalah Reechada Petcharata atau nama perempuan nya Nong Poy Treechada. Lahir pada 1984. Nong Poy mula rasakan jiwa kewanitaan nya sejak dia dibangku sekolah. Hinggakan Nong Poy merasa dirinya lebih sesuai manjadi seorang wanita daripada menjadi seorang lelaki. Apabila berdepan dengan orang tuanya Nong Poy akan berkelakuan seperti seorang anak lelaki. Nong Poy membuat pembedahan kelamin apabila umurnya 17 tahun. 



Wow Nong Poy pernah memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada umur 19 tahun iaitu 2 tahun selepas pembedahan kelamin. Bukan setakat pertandingan kecantikan, Nong Poy juga pernah  menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004. Aku rasa peserta-peserta perempuan yang turut menyertai pertandingan itu malu kerana kalah dengan seorang lelaki. 

Yang aku kagum dengan Nong Poy ini, dia hanya melakukan pembedahan kelamin sahaja. Tidak pernah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya seperti wanita-wanita zaman sekarang. Kecantikan pada wajahnya adalah asli. 

Nong poy bersama dengan tunangnya

Bukan sekadar memenangi pertandingan ratu cantik, Nong Poy Treechada juga berjaya memenangi hati seorang aktor lelaki Thailand. Dan kononya dikatakan mereka sudah bertunang. Wow pada aku, Nong Poy sudah berjaya menjadi seorang perempuan. 

Ini adalah gambar Nong Poy semasa kecil. Mari kita lihat. 



Kepada pembaca blog ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk menasihati terutama kepada jejaka-jejaka melaya supaya berhati-hati kepada kecantikan yang anda lihat..hahaa..

credit to pangkahbulatblog...thanx for sharing..

Gaya Kucing Masa Tidur

Tidur beralaskan telefon
Kucing yang kepenatan masa sedang bermain.
Tidak lenguh ke kucing ini tidur macam ini?
Kucing ini tidur atas pokok.
Anak kucing ini tidur dalam pasu.
Tempat tidur yang unik.
Tertidur masa tengah makan.
Tidur bersama patung kesayangannya.
Kucing tidur di atas guitar?
Bebola kucing..
Tidur di atas kerusi
Tidur meniarap....
Tidur di bawah kerusi

 
   Tidur di atas keyboard                        

Kenapa Perempuan Takut Gemuk?

salam semua..
ok,kalau korang bace tajuk post ni,memang sepantas kilat korang bermonolg dalamn sorang sorang.."aku ni gemuk ke tak?..haa..memang la sebetulnya,aku pun camtu gak..tak tau la,boleh dikatakan lumrah jugak la,pompuan memang akan trauma bab2 gemuk ni,,,kalau ade yang cakap diorang x kisah pasal gemuk,korang jangan percaya sangat la,jauh di lubuk hati diaorang ni memang mengimpikan badan yang slim,kurus,cantik,,sumer lagi la..kalau diorang x minat pasal pasal ni,ade sumthing wrong la tu..haha..aku gurau jer..ok..ni aku bagi sket pendapat la boley dikatakan dari pengalamn sendiri jugak la..

http://pakspice.com/wp-content/uploads/2010/09/snsd-yoona-japan-genie.jpg


1.takut dijadikan bahan ejekan

actually bukan la ejekan je.
aku tak jumpa perkataan yang sesuai.
tapi senang cerita, perempuan ni takutlah badan dia ni dinilai.
sebagai contoh
"takkan kau nak gemuk macam dia tu? eee tak sanggup aku tengok. baik kau jaga pemakanan kau"
hah, tak pasal2 badan dijadikan tempat untuk dinilai.ishh3.
tak kurang juga yang mengejek.
tapi tu biasanya zaman sekolah dulu la kan.
aku rasa kalau dah besar tu pandai la jaga hati kawan masing2.

2.takut tak dapat pasangan hidup

hah!dilema macam ni selalunya berlaku dikalangan wanita dewasa.
yang umur 20 ke atas selalunya.
bila badan gemuk, mulalah risau takde siapa akan sangkut.
alalaa, kesian.
bila kat dunia luar ni dia rasa diri tidak diterima, mulalah nak sms ON CINTA untuk dapat kekasih melalui handphone macam kat iklan tv tu.
hahahahah

3.susah nak pilih pakaian(yang ni mak aku selalu bebel..hehe)

bila dah gemuk ni, susah sikit nak pilih pakaian.
maksud aku, style/design pakaian untuk orang2 yang gemuk ni sangatlah terhad.
tak banyak pilihan.
so, tak memenuhi citarasa awek2 gemuk ni dalam berfesyen.
oh, kesian~
bila cuba berpakaian menyerlah sikit risau tak kena pula.
sebagai contoh, kalau awek slim ni pakai baju ketat mamat2 gatal akan cakap
"perghhhh!awek baik awek baik!"
tu mamat2 gatal cakap la kan.
hahaha.tapi, bila awek gemuk pakai baju ketat
"uihh!pakai baju macam sarung nangka.sedarlah diri tu sikit!"
hah, kena kutuk pula hah.
so, tolong la jangan pakai baju macam sarung nangka.
sekaligus korang lari daripada dosa.betul tak?
lantak pi la perempuan yang slim tu pakai baju ketat2.
dia juga dapat dosa.

4.takutkan kanak-kanak

hahaha.actually point ni adalah point tambahan.
tak semua kanak2 takutkan orang gemuk.
tapi, tetap ada yang takutkan orang gemuk.
aku sendiri pernah ada pengalam
masa tu aku duduk kuantan, jiran aku agak gemuk juga la.
time tu pula adik sedara aku yang mulutnya sangat becok ada dekat rumah aku.
so, masa aku melayan dia dekat luar rumah tu, jiran aku yang gemuk tu baru je balik kerja.
dengan slumbernye adik sedara aku cakap
"eee, gemuknya pak cik tu!takut laaaaa"
hahahaha.budak2.
tapi agak kurang ajar la bunyinya.
mesti terasa habis jiran aku tu.


siapa kata perempuan gemuk tak cantik?

so, bagi perempuan2 yang gemuk tu, janganlah rasa diri tu rendah sangat.
siapa kata perempuan gemuk ni tak cantik?
siapa kata perempuan gemuk ni takde market?
sesungguhnya perempuan cute tu kebanyakannya dari perempuan yang gemuk2.

bagi perempuan yang kurus tu, janganlah terlampau risau akan berat badan korang tu.
tak kemana de.
sikit2 berdiri depan cermin, pusing kiri kanan tengok shape badan.
shape badan dah lari mula laa menjerit mengilai2.
okla..harapnye korang jage la makan korang jangan bagi sampai gemuk,klau da tahap lebih berat ni, susah la plak,,kena buat tu buat ni,nak bagi kurus balik..nak nak yang kejenye tido makan tengok tv ni..(aku la tu)..
pesanan ikhlas: rajin rajin la bersenam yerk..hehe

“Surat Terbuka Kepada TV3 – Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena


salam semua..
aku rase ni da masuk 10 entri yang aku post pasal Nora Elena ni,,tapi aku nak share somthing yang aku rase lawak dan tak sangka bende macam ni memang real..betul,aku x tipu..jom bace surat ni..


Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya
TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.
i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?
ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!
iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.
iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess
v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha
vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..
vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati
“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”
“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan
3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana
Sekian,
“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”
( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya


tergolek golek aku bace surat ni..aish..ape la..tapi ade la jugak betulnye,aku x cakap sumer isi surat ni merapu.memang la kalau nak dikatakan klau kat twitter start je Nora Elena memang kompem sumer buat status yang lebey kurang camni,"Seth Tan I love u";tak sabar nak tengok Nora Elena hari ni"; alahai,sweetnye, Seth.nak suami macam dia la"..dan bagai bagai lagi..kalau aku nak buat post pasal status ni da boley lebey 2 muka surat..pape hal pun semua progran kat tv tu pilihan korang..."pilihan di tangan anda!!"..jangan r plak nasi hangit gulai kering nak salahkan orang lain..lain kali angkut dapur tu letak kat depan tv..haha..korang rase camne plak?

myvi baru lagi best??









salam semua..
okla,first2 korang bace tajuk ni,mesti korang cakap dalm hati,ni mesti kes nak up trafik blog ni..maklumla skang ni ramai yang dok sebok cakap pasal myvi ni,siap ade konvoi lagi tu!!..hehe,,okla,aku dapat idea nak wat entry ni setelah membaca blog kawan aku yang sorang ni asmanissa p. osman,,thanx nisa..

kalau korang nak tahu,gambar yang aku letak ni pun aku copycat gn yer punyer jer,,,kalau aku buat buat rajin nak cari pun,pak cik google akan bagi gambar yang lebih kurang sama jer,,so,aku x nak memenatkan diri aku ni..hehe(kemalasan jelas terpancar di wajah),lain la kalau aku ade gambar special edition..hakhak..

tapi aku nak bagi description sket pasal ciri ciri ataupun ley dikatakan nilai tambah bagi MYVI baru ni..haa..mesti korang tertanya tanya kan ape bezanye antara Myvi lame gn Myvi baru ni..ni aku nak share sket berdasarkan ape yang da aku tau dan aku tonton mase MHI semalam..

sebelum tu aku nak show off sket gn gambar gambar ni..
ok,kalau korang nak tahu,untuk keluaran Myvi kali ni,pihak Perodua telah pun memeperkenalkan warna baru iaitu "mystical purple",selain tu ciri ciri tamabhan yang korang dapat tengok adalh penambahan saiz "badan" iaitu dari segi lebar dan juga keluasan dalaman..lagi satu,sebenarnya diaorang ni nak bagi nama lain,tapi disebabkan sambutan yang menggalakkan dari hasil jualan Myvi "lama" iaitu kurang lebih 450,000 unit telah pun dijual,jadi diaorang ni cam nak upgrade kan lagi la dan jadikan Myvi ni sebagai "bench-marking"(macam sekolah la plak nasib baik aku x tulis kerete berprestasi tinggi) ataupun main identity bagi kereta kat Malaysia ni..

ok,next picture:


(sila baca dalam nada cam salesman..haha)
ok,yang ni plak interior view khas untuk Myvi yang biasa yakni bukan yang elegance tu..kalau korang perhatikan ni kereta manual yerk,yang bezanya hanyalah kedudukan gear tu dan juga sedikit fungsi skrin kat depan tu..ok,kalau berminat boley tempah sekarang kerana bagi makluman pihak tuan tempahan telah pun dibuka sejak 4 Jun lagi dan setakat ini pihak kami telahpun mendapat tempahan sebanyak 10,000 unit,dan pihak kami telah mensasarkan tempahan sebanyak 8500 unit sebulan..(tiba-tiba aku da tukar profesion dari salesman jadi pegawai pemasaran pulak..haha)



ok,kalau yang ni plak interior view bagi Myvi "elegance"..ok,yang ni semangat aku up sket nak story pasal mende ni..hehe,,kalau korang nak tahu,dashborad ni memang fully diupgradekan ke tahap yang paling canggih la..selain kedudukan gearnye kat atas tu(macam lam kereta Alza pun ade), yang memang disengajakan kerana ingin menambahkan keluasan ruang selain dapat memberi keselesaan yang optimum kepada pemandu,malah skreen yang kat depan ni telah pun dilengkapi sistem GPS,selain build in dengan DVD player,bluetooth,USB,malah sistem GPS ini juga telah dilengkapi dengan senarai lengkap beserta peta untuk ke pusat pusat servis yang berdekatan..perghh..hebat la..sumernye touch screen tau..hehe

okla,,aku rase da banyak da pujian yang aku bagi ni,,hehe,tapi pape pun matlamat aku satu jer,,nak kongsi info ni selain mempromosikan jenama Malaysia ni..sape lagi nak promote kalau bukan orang orang cam aku ni..tuitt!!,,ko perasan je lebih..hehe..sorry sorry..aku gurau jer..kate aku"tak gurau tak mesra kan",heehehe